top of page

PSC Agensi JPM ada kuasa dengar, siasat kes Azam Baki - Ahli Jawatankuasa



Ahli-ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Malaysia Bagi Agensi-Agensi Di Bawah Jabatan Perdana Menteri (PSC Agensi JPM) menolak alasan Pengerusi PSC Agensi JPM, Abdul Latiff Abdul Rahman (Pas - Kuala Krai) menangguhkan mesyuarat Rabu ini untuk mendapatkan nasihat undang undang terlebih dahulu kerana kes Ketua Persuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki akan dibicarakan di mahkamah.


Menurut mereka mesyuarat PSC yang sebelum ini ditetapkan pada 19 Januari 2022 tidak sewajarnya ditangguhkan kerana Parlimen mempunyai bidang kuasa berlainan dalam mendengar kes Azam.


"Kami amat tidak bersetuju dengan alasan yang diberikan oleh Azam Baki. Kami ingin menegaskan Azam seharusnya menghadiri di hadapan kami pada mesyuarat PSC tersebut bagi membangkitkan isu-isu yang dibangkitkan beliau, bukannya meremehkan surat panggilan pihak Parlimen dan sehingga SUDK menanggguhkan mesyuarat PSC yang ditetapkan hanya sebab perkara ini dirujuk kepada Pegawai Undang-Undang Parlimen ataupun Peguam Negara.


"Perkara-perkara yang lain seperti terma rujukan, senarai saksi-saksi yang lain boleh dibincangkan dan ditetapkan.


"Bidangkuasa PSC adalah bagi menentukan sama ada terdapat mekanisme yang efektif bagi menjalankan siasatan dan tindakan disiplin bagi perkara yang berlaku. Bidangkuasa PSC adalah untuk mengenalpasti sumber-sumber kuasa yang sedia ada dan sama ada ianya mencukupi," kata mereka dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu mereka meminta Ketua PSC menetapkan tarikh baharu memanggil Azam agar dijadualkan secepat mungkin.


"Kuasa-kuasa Parlimen untuk memanggil mana-mana saksi memberikan keterangan adalah selaras dengan Houses of Parliament (Privileges and Powers) Act 1952 dan Azam Baki adalah jelas menghina Parlimen (in contempt of parliament) apabila mentah-mentah meremehkan panggilan parlimen.


"Memandangkan mesyuarat PSC Agensi JPM sudah dilapangkan, maka PSC seharusnya segera menetapkan tarikh yang baharu bagi mesyuarat PSC Agensi JPM," kata mereka lagi.


Semalam Ketua PSC Agensi JPM mengumumkan mesyuarat pada Rabu ini untuk menyoal Azam mengenai kontroversi pemilikan saham beliau tidak boleh diadakan berikutan jawapan Ketua Pesuruhjaya itu hal berkenaan akan melanggar peruntukan Peraturan Mesyuarat.


Alasan yang diberikan kerana Azam telah memfailkan saman sivil di bawah fitnah terhadap seorang pemberita dan oleh yang demikian tiada sesiapa dibenarkan untuk membincangkan fakta-fakta kes atau memberikan komen terhadap perkara tersebut yang kini menjadi perkara Mahkamah (subjudis).


Selain itu, beliau menyatakan pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan JK Aduan SPRM sedang menjalankan siasatan berkenaan pemilikan saham tersebut. Beliau juga mendakwa sekiranya sifat dan kelakuan beliau adalah dibincang, maka ianya seharusnya dibawa melalui usul dan bukan melalui PSC.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page