top of page

PSB penting bangunkan semula bandar, elak buka banyak kawasan baharu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 days ago
  • 2 min read

ree

Rang Undang-Undang Akta Pembangunan Semula Bandar (PSB) perlu disokong bagi menjamin pembangunan bandar yang lestari di negara ini.


Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang, Chua Wei Kiat yang menyokong penuh RUU PSB berkata, hal itu merupakan langkah penting untuk menangani cabaran pembangunan semula kawasan bandar di sebuah negara membangun seperti Malaysia.


"Saya sendiri dibesarkan di Kuala Lumpur dalam kawasan rumah kos rendah. Jadi saya faham sangat keadaan serenggara teruk, banjir, kotor, suasana B40 yang penuh cabaran.


"Walaupun dah di tengah bandar (tanah yang bernilai tinggi), nak buat pembangunan susah sebab undang‑undang kini terlalu ketat," kata beliau dalam satu kenyataan.


Menurut Wei Kiat, undang-undang sedia ada yang memerlukan persetujuan 100 peratus pemilik bagi projek pembangunan semula adalah tidak praktikal dan sering menggagalkan usaha membaik pulih kawasan berstatus tinggi di tengah bandar.


"Bayangkan 100 rumah, 99 setuju, tinggal seorang tak setuju, habis projek terbantut. Lagi teruk, yang seorang ni biasanya akan tuntut pampasan tak masuk akal sebab dia tahu tanpa dia semua usaha akan gagal," ujarnya.


Oleh itu, Wei Kiat menjelaskan cadangan dalam Akta PSB yang hanya memerlukan 75 hingga 80 peratus persetujuan merupakan satu syarat yang lebih realistik, dan seiring dengan amalan negara maju.


Beliau juga menekankan bahawa hampir 75 peratus rakyat Malaysia tinggal di bandar, dengan sekitar 40 hingga 50 peratus tergolong dalam kategori miskin bandar dan kebanyakannya menetap di rumah kos rendah.


"Banyak rumah lama sebelum merdeka, leasehold pun makin tamat. Renewal pula mahal, ramai tak mampu.


"Dengan PSB, pemilik boleh bincang dengan pemaju dapat pulangan adil, bandar dapat pembangunan sesuai zaman. Win-win," katanya.


Bagaimanapun, beliau mengakui terdapat kebimbangan berhubung kuasa menteri serta kriteria bangunan yang perlu diperhalusi, namun hal itu katanya boleh diperbaiki.


Perkara yang penting, tegas Wei Kiat adalah keperluan mendesak RUU tersebut diluluskan bagi memudahkan pembanguan semula bandar dan mengelak lebih banyak kawasan baharu di luar kota dibuka untuk tujuan pembandaran kerana semata mata kawasan di kota 'tidak dibenar' untuk dibangunkan.


"Kalau bandar terus merebak keluar (urban spread), ia tak mampan. Kerajaan kena belanja lebih untuk jalan, longkang, pengangkutan awam, utiliti asas. Kos tinggi, manfaat rendah


"Bagi saya, bandar macam KL memang perlukan PSB. Ini bukan isu kaum, ini isu pembangunan bandar dan kemiskinan bandar," tegas Wei Kiat lagi.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page