top of page

Proses vaksinasi lembab, rakyat terus dibuli kompaun tinggi - Anwar



Program vaksinasi Covid 19 di Malaysia dilihat lembab dibandingkan dengan negara-negara berpendapatan sederhana sekelasnya.


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sudah 395 hari tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan hampir 100 hari sejak Pengisytiharan Darurat dibuat namun angka jangkitan harian masih juga menunjukkan peningkatan dan bukannya penurunan yang melandai.


Katanya, hal itu menunjukkan kelemahan ketara kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam usaha mengawal Covid, manakala menteri yang ditugaskan menyelaras proses vaksinasi pula mengeluarkan pelbagai alasan remeh berhubung kelambatan pemerolehan vaksin.


"Menteri bertanggungjawab menjaga hal vaksin berkata bekalan vaksin Malaysia rendah kerana negara-negara kaya mengawal pasaran. Hal ini mustahil untuk disahkan, kecuali terdapat ketelusan dalam proses pemerolehan.


"Sangat mengecewakan apabila alasan semacam ini digunakan bagi menutup kelemahan tatakelola Malaysia yang sedang berusaha mahu menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi. Memandangkan negara berpendapatan sederhana lain menunjukkan kadar vaksinasi yang lebih baik dan cemerlang, alasan menteri tersebut kekal lemah sehingga fakta diketahui.


"Alasan alternatif tentang mengapa Malaysia mempunyai bekalan vaksin yang rendah mungkin kerana kerajaan lambat bertindak mendapatkan kontrak atau rundingan dengan pembekal menemui kegagalan, dan sudahnya kita di barisan akhir untuk mendapatkan vaksin," kata Anwar dalam satu kenyataan.


Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi, tiada tanda-tanda Malaysia akan mampu mencapai sasaran 80% kadar vaksinasi menjelang hujung tahun, sebagaimana dijanjikan, dengan kelembapan proses suntikan vaksin yang ditunjukkan.


"Menteri mendakwa Malaysia mampu mencapai 80% kadar vaksinasi sebelum penghujung tahun. Tetapi kadar vaksinasi di Malaysia lembab, dan tidak meningkat sejak ia diumumkan pada bulan Februari lalu dengan anggaran sebanyak 24,000 dos sehari, ketimbang 13 negara berpendapatan sederhana lain di rantau Asia.


"Kita juga meminta pengesahan terkait keupayaan logistik di seluruh negara bagi mencapai 210,000 dos sehari. Ini termasuk penyelarasan dengan hospital, fasiliti kesihatan, klinik-klinik awam dan farmasi. Rencana ini mesti dikongsikan, jika tidak kepada rakyat sekalipun ia mesti dikongsikan kepada jawatankuasa bipartisan," katanya.


Selain itu, Anwar turut mempersoalkan mengapakah dengan penutupan sempadan dan halangan merentas negeri masih dikesan mutasi varian Covid yang lebih merbahaya di negara ini. Sedangkan, katanya penutupan sempadan telah menjejaskan ekonomi dengan teruk.


Pengerusi Pakatan Harapan itu juga mempersoalkan apakah polisi kerajaan bagi memastikan sektor swasta bertanggungjawab ke atas penularan wabak Covid 19 di kalangan pekerja asing mereka, di samping pendaftaran pengambilan vaksin oleh rakyat tempatan yang kekal rendah


"Pendaftaran untuk vaksinasi dilihat rendah. Apa yang telah dilakukan kerajaan setakat ini bagi meyakinkan rakyat untuk mendapatkan vaksin?


"Saya menggesa rakyat untuk mendaftar bagi mendapatkan vaksin. Saya juga menggesa rakyat Malaysia, termasuk yang telah mendapatkan vaksin, agar terus patuh SOP demi kebaikan semua," katanya.


Bagaimanapun, Anwar mengingatkan kerajaan mungkin sekali lagi akan menyalahkan rakyat dan mengenakan Standard Operasi Prosedur (SOP) yang mengelirukan menjelang cuti perayaan sebagaimana yang telah berlaku sebelum ini.


"Saya mengjangkakan rakyat akan terus dibuli kerana melanggar SOP dengan beberapa pengumuman yang mengelirukan, yang sekiranya dilanggar akan dikenakan denda yang melampau tinggi.


"Beberapa pengumuman yang mengelirukan ini juga termasuk larangan rentas negeri untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang, meski para menteri akan dibenarkan merentas negeri dan menganjurkan majlis," katanya lagi.


Turut ditanyakan apakah metrik yang digunakan oleh jawatankuasa bipartisan dalam kesungguhan mereka untuk mengesyorkan penamatan darurat.


Tidak mungkin darurat perlu diteruskan setelah langkah itu menunjukkan kegagalan teruk mengatasi pandemik Covid 19.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page