top of page

Program jerayawara keselamatan dalam talian akan dilancarkan



Program jerayawara keselamatan dalam talian bakal dilancarkan dalam masa terdekat bagi mempertingkatkan kesedaran masyarakat di peringkat sekolah dan komuniti mengenai kesan buruk internet.


Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata program itu bagi memberi kesedaran kepada kanak-kanak dan keluarga berhubung bahaya penggunaan internet yang boleh menyebabkan perbuatan buli siber, 'scammer' atau penipuan, keselamatan siber selain cara melindungi data peribadi dan manfaat dalam talian.

"Saya lihat kita perlu bermula di bangku sekolah supaya anak-anak tahu dan faham mengenai bahaya serta keupayaan media sosial.


"Bagi kanak-kanak bawah umur 13 tahun (ke bawah) kita telah melarang mereka membuka akaun media sosial, tetapi malangnya ramai anak-anak tidak tahu," katanya dipetik.


Fahmi yang juga jurucakap bagi Kerajaan Perpaduan ditemui pemberita selepas menghadiri program sumbangan topi keledar percuma kepada 150 murid Sekolah Kebangsaan Bangsar pada Rabu.


Sementara itu sebagai mengulas isu buli di media sosial Fahmi menegaskan, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan penyedia platform media sosial TikTok pada minggu bagi membincangkan perkara tersebut.


Fahmi berkata, pihaknya mengadakan mesyuarat dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang), Datuk Seri Azalina Othman Said bersama Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong, wakil Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara bagi meneliti beberapa akta yang perlu dipinda dan diperketat.


"Tujuan mesyuarat itu juga untuk mengambil tindakan segera bagi menangani masalah buli siber. Dalam masa sama, ada beberapa pandangan yang meminta (untuk menjelaskan) takrif buli siber itu," katanya.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page