top of page

PRK Kemaman: MKT UMNO seru anak muda pilih calon BN



Oleh: Abdullah Zaid


Pengundi muda diseru memilih calon BN bagi merampas semula kerusi Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 2 Disember ini.


Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Suraya Yaacob berkata, pengundi Kemaman khususnya anak muda perlu melihat dan meneliti apa yang telah dilakukan sewaktu BN, khususnya pada era Datuk Seri Shabery Cheek mewakili parlimen tersebut.


"Imbau kembali apa yang telah dilakukan BN dan lihat apa yang Pas boleh lakukan sepanjang mereka memegang Parlimen Kemaman.


"Selain itu, mereka juga boleh menilai calon yang dipertandingkan yang benar-benar boleh membawa suara pengundi.


"Sebab itu, kita berharap anak muda memberi peluang kepada calon BN untuk memastikan segala pembangunan di Kemaman ini terus dijalankan," katanya kepada Suara Keadilan.


Suraya bersama Ketua Penerangan KEADILAN Kemaman (kiri) dan Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat Noraini Nordin (kanan) sewaktu diwawancara di Kemaman baru baru ini

Suraya juga mengingatkan para pengundi di Parlimen Kemaman agar menjadikan kawasan tersebut sebagai penghubung kepada parlimen yang lain kerana semua kerusi telah disapu bersih oleh Pas - PN dalam Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Negeri yang lalu.


"Jika pengundi Kemaman memberi mandat kepada calon BN, ia boleh menjadi penghubung terus di antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan kerana tiada lagi kerusi parlimen dari Terengganu (dipegang Kerajaan Perpaduan).


"Ditambah lagi dengan calon kita yang juga seorang bekas panglima angkatan tentera. Saya yakin dengan pengalaman yang beliau ada boleh merampas kerusi Kemaman," ujarnya.


Justeru, bagi memberi tentangan sengit dalam tempoh berkempen itu, Suraya mengakui kerjasama di antara Pakatan Harapan dan BN perlu dizahirkan menerusi kerjasama di antara jentera serta pemimpin kedua dua gabungan.


"Kesepakatan di antara PH-BN memang perlu ditunjukkan lebih-lebih lagi pada waktu berkempen.


"Ia bagi mendapatkan keyakinan rakyat bahawa kerjasama kita ini benar-benar utuh dan kuat serta memberi harapan untuk kita memenangi PRK," katanya lagi.


Terdahulu, Tan Sri Raja Mohammed Affandi diangkat sebagai calon BN dalam misi merebut semula kerusi tradisi parti itu yang tewas kepada Pas pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.


Beliau bakal berhadapan dengan calon Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Menteri Besar Terengganu dan Naib Presiden Pas.


Kira-kira 141,790 pengundi diberi hak untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam memilih calon baharu bagi kerusi itu setelah penyandangnya Che Alias Hamid dibatalkan kemenangan oleh Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page