top of page

Politik matang, hormati perbezaan fahaman - Faezuddin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 27
  • 1 min read
Faezuddin (berbusana baju Melayu) menyantuni warga emas penyokong BN di Taman Cempaka
Faezuddin (berbusana baju Melayu) menyantuni warga emas penyokong BN di Taman Cempaka

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas, Muhammad Faezuddin Mohd Fuad, menegaskan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu berlangsung dalam suasana matang dengan semangat saling menghormati tanpa mengira perbezaan fahaman politik.


Beliau berkata demikian selepas singgah bertemu dan bertegur sapa dengan penduduk di Blok 20, Taman Cempaka, termasuk individu yang mempunyai fahaman politik berbeza.


"Singgah sebentar bersalaman dan bertegur sapa dengan rakan-rakan di Blok 20, Taman Cempaka. Walaupun berbeza parti, hubungan sesama kita tetap perlu dipelihara dengan penuh hormat dan adab.


"Saya percaya politik tidak sepatutnya memutuskan silaturahmi. Kita berkempen secara matang, berhemah dan saling menghormati," katanya dalam muat naik di media soaial.


Menurut Faezuddin yang juga Ketua Angkatan Muda KEADILAN Johor, beliau komited untuk terus mendekati seluruh masyarakat di DUN Kempas tanpa mengira kaum, agama, latar belakang atau kecenderungan politik.


Beliau berkata pendekatan itu penting bagi memastikan setiap lapisan masyarakat diberikan perhatian dan layanan yang sama sekiranya diberi mandat.


"InsyaAllah, saya akan terus berusaha menyantuni semua warga Kempas tanpa mengira kaum, agama, latar belakang mahupun baju parti.


"Yang penting, kita semua adalah anak Johor dan warga Kempas," katanya.


Pada masa sama, Faezuddin turut mengajak pengundi memberikan sokongan kepadanya sebagai calon nombor dua pada kertas undi bagi DUN Kempas pada PRN Johor.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page