top of page

PM seru rakyat Melaka tolak sentimen perkauman sempit

Writer: Noraini Nordin
Noraini Nordin
2 days ago
1 min read
DS Anwar bersama tiga calon PH ketika berceramah di DUN Machap Jaya, kelmarin
DS Anwar bersama tiga calon PH ketika berceramah di DUN Machap Jaya, kelmarin

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Melaka agar mengutamakan perpaduan, integriti dan keupayaan calon dalam menentukan kepimpinan yang bakal membawa suara rakyat serta memajukan negeri itu.


Beliau berkata, dalam menghadapi sentimen perkauman sempit, gabungan Pakatan Harapan (PH) memilih pendekatan merangkul kekuatan masyarakat Melayu, Cina dan India dengan mengetengahkan calon yang berwibawa, bersih serta beramanah.


Menurut Anwar yang juga Pengerusi PH, kepimpinan yang ditawarkan perlu berteraskan kerja keras, integriti dan pencapaian yang dapat dinilai dalam usaha membela kepentingan rakyat.


Sehubungan itu, beliau menyatakan harapan agar rakyat Melaka memberikan kepercayaan kepada pasukan PH untuk memikul tanggungjawab kepimpinan serta meneruskan usaha pembangunan negeri.


Anwar turut menzahirkan harapan agar rakyat membuat pilihan dengan penuh pertimbangan dan kebijaksanaan demi masa depan Melaka.


Beliau juga berdoa agar Allah SWT memberikan petunjuk kepada rakyat dalam menentukan pilihan serta kekuatan kepada PH untuk melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat dengan sebaik-baiknya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page