top of page

PM sangkal mansuh skim pencen jejaskan orang Melayu



Perdana Menteri menyangkal dakwaan pengambilan baharu penjawat awam secara tetap tidak berpencen akan menjejaskan nasib orang Melayu.


Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, langkah itu bertujuan mengelakkan negara daripada risiko muflis dan memberi masalah kepada generasi akan datang dan langkah menggantikan skim itu sebenarnya sudah dikaji sejak sekian lama.


Tambahnya, sistem pencen juga sudah tidak lagi diamalkan oleh sebahagian negara-negara maju.


"... sudah puluhan tahun dikaji, kalau tak silap saya 1990-an dulu sudah dikaji, tetapi tidak ada tekad politik untuk buat (laksanakan).


"Pembangkang cakap hapuskan pencen akan seksa orang Melayu, (dakwa) ini semua cadangan DAP, dan ini yang terus dikemukakan dan tidak berbicara soal fakta kemudian guna agama, tunggang agama


"Itu sahaja modal mereka dan sebahagian daripada orang-orang kita mudah sekali terpedaya. Dasar bumiputera kita tak pernah robohkan. Kita tetap pertahankan," katanya dipetik ketika perasmian penutup Konvensyen Kerajaan Perpaduan Perak di Ipoh semalam.


Terdahulu, kabinet bersetuju menetapkan syarat pengambilan bahawa penjawat awam baharu berstatus tetap tidak lagi menerima pencen.


Bagaimanapun, ia tidak akan menjejaskan status penjawat awam sedia ada namun bagi penjawat awam lantikan baharu perlu membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).


Dalam ucapannya, Anwar turut mengulangi komitmen untuk terus memastikan kebajikan penjawat awam terus terjamin.


Pentadbirannya akan menaikkan kadar gaji penjawat awam mengikut kemampuan kewangan kerajaan.


"Telah 12 tahun penjawat awam kerja tidak ada penilaian, tidak ada komitmen untuk perbaiki kadar upah dan gaji mereka.


"Kita telah putuskan walaupun ada kekangan kewangan perkara ini (naikkan gaji penjawat awam) kita tidak boleh tunggu. Dengan kos sara hidup dan gaji yang tak naik kerajaan tetap ada komitmen tingkatkan kadar upah penjawat awam di negara kita," jelasnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page