top of page

PM Mahiaddin Yassin tidak jalan lain selain meletak jawatan - Anwar


Penghinaan kepada institusi Raja Berperlembagaan dengan membatalkan Ordinan Darurat tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong perlu dipertanggungjawabkan kepada Perdana Menteri (PM) Tan Sri Mahiaddin Yassin sebagai Ketua Kerajaan.


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, atas kecabulan dan kehancuran imej kerajaan Perikatan Nasional yang dilakukan oleh Menteri di Jabatan Perdana Datuk Seri Takiyuddin Hassan dengan kesedaran PM Tan Sri Mahiaddin maka tiada cara lain untuk menghilangkan kecelaan tersebut selain PM segera meletak jawatan.


"Kenyataan ini jelas menunjukkan kabinet yang diketuai oleh PM Mahiddin telah melanggar semangat Perlembagaan dan menghina institusi Raja Berperlembagaan, khususnya Yang di-Pertuan Agong. Termasuk Menteri mengelirukan dewan dan mengelirukan rakyat Malaysia.


"Kita tidak ada pilihan, selain menuntut PM letak jawatan," katanya dalam sesi Dewan Rakyat pagi tadi.


Untuk rekod, meskipun Perlembagaan Persekutuan berdasarkan Perkara 66 (4A) membenarkan Rang Undang-undang dikuatkuasakan selapas 30 hari dipersembahkan walaupun Agong tidak memberi perkenan, namun hal itu tidak termasuk Ordinan Darurat.


Peruntukan Perkara 66 tersebut hanya terpakai kepada undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen. Bukannya Ordinan Darurat yang khusus kuasa mengisytiharkannya di tangan Yang di-Pertuan Agong dan pembatalannya pula perlukan perkenan Baginda.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page