top of page

PM Mahiaddin jangan dolak dalik, titah Agong bahaskan Ordinan Darurat di Parlimen


Kenyataan bahawa pemansuhan Ordinan Darurat dibuat secara tertib oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak boleh dipakai selepas Yang di-Pertuan Agong mengutus surat menegur Perdana Menteri (PM) Tan Sri Mahiaddin Yassin mengenai kronologi mempersembahkan pemansuhan ordinan tersebut kepada Baginda.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, jelas dalam surat Yang di-Pertuan Agong itu menyatakan pemansuhan ordinan berkenaan dipersembahkan agak lewat dan Baginda menitahkan pengungkaian Darurat sebaik-baiknya dibawa ke Parlimen dan diundi.


"Agong sendiri telah memberikan pencerahan kepada kita kronologi pembatalan Ordinan Darurat yang secara jelas telah dinyatakan bahawa apa yang dijawab oleh pejabat PM (pada hari Khamis) mengelirukan.


"Kronologi ini mencerakinkan tarikh-tarikh penting. Misalnya tarikh (mohon) pembatalan yang dipersembahkan kepada Agong.


"Agong memberikan alasan mengapa Baginda tidak memberikan perkenan kepada permintaan kerajaan PN kerana pada pandangan Tuanku ianya telah disembahkan lewat, pada 24 Julai, walhal Parlimen bersidang pada 26 Julai.


"Apa yang penting dalam isu ini Yang di-Pertuan Agong menegaskan bahawa ordinan mestilah dibentangkan di Parlimen dan dibahaskan," kata Shamsul dalam satu kenyataan di Facebook.


Tambah Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu, hal berkenaan titah Yang di-Pertuan Agong untuk membahaskan Ordinan Darurat di Parlimen sebaliknya telah cuba disembunyikan oleh Menteri Undang-undang Datuk Seri Takiyuddin Hassan sejak hari pertama persidangan Dewan Rakyat.


Bagaimanapun, katanya, Agong membongkar tindakan mengelirukan dewan itu dengan kenyataan dari Istana Negara pada hari Khamis.


"Yang jelas dalam kronologi atau surat Agong ini, yang ditujukan kepada PM, pada saya merupakan satu penegasan langsung daripada Tuanku, memberikan amaran kepada PM supaya tidak lagi berdolak dalik.


"Jangan mempermainkan fakta dan kronologi. Apa yang perlu dilakukan pada hemat saya sesuai dengan Perlembagaan Persekutuan, perkara yang perlu dilakukan, jelas PM dan kabinet melakukan kesilapan dan pembohongan di Dewan Rakyat


"Maka tidak ada jalan lain kecuali PM dan kabinet mengambil tanggungjawab meletakkan jawatan," katanya.


Sehubungan itu, Shamsul memberi amaran agar kerajaan PN tidak lagi menggunakan taktik lapuk mereka untuk menggagalkan sidang Dewan Rakyat Isnin ini dan menghalang proses perbahasan dan pengundian Ordinan Darurat.


"Jangan berselindung di sebalik kemuliaan Parlimen. Hari Isnin nanti jangan menggunakan taktik sama seperti Khamis lepas, yang mana negara dimalukan apabila Parlimen ditempohkan (ditangguh) sehingga 3 kali.


"Isnin nanti jangan pula ada arahan dari pejabat PM menangguhkan persidangan kerana apa yang dimahukan Tuanku supaya Ordinan Darurat dibentangkan dan dibahas di dewan.


"Bagi kita dalam Pakatan Harapan, cukup-cukuplah, masa telah sampai untuk PM mengundurkan diri, dan PM baharu diberi peranan menyusun kabinet serta mengeluarkan negara dari pandemik Covid 19," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page