top of page

PM lulus peruntukan segera bina jambatan di Ulu Yam

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 2 hours ago
  • 1 min read
Datuk Khidir menziarahi keluarga yang ditimpa musibah kebakaran dan memberikan sumbangan
Datuk Khidir menziarahi keluarga yang ditimpa musibah kebakaran dan memberikan sumbangan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan segera RM200,000 bagi pembinaan jambatan baharu menghubungkan Kampung Pasir Tambahan dengan Taman Desa Kelisa di Ulu Yam, Hulu Selangor.


Penyelaras DUN Batang Kali, Saifuddin Shafi Muhammad menerusi perkongsian di laman Facebooknya semalam berkata, perkara itu disampaikan Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (SDO), Datuk Khidir Majid ketika menziarahi sebuah keluarga mangsa kebakaran baru-baru ini.

"Kehadiran Datuk Khidir bukan sekadar menyantuni kepada keluarga saudara Azmi Ahmad, rupa-rupanya turut menghadirkan berita gembira buat seluruh penduduk kampung.


"Beliau memaklumkan kelulusan segera peruntukan Perdana Menteri sebanyak RM200,000 bagi pembinaan jambatan baharu selain sumbangan peribadi Perdana Menteri sebanyak RM3,000 kepada keluarga ini," katanya.


Perkongsian tersebut turut memaparkan Khaidir meninjau lokasi sesuai untuk pembinaan jambatan tersebut.


Saifuddin sementara itu berkata, pengumuman itu merupakan langkah proaktif kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela, di samping memperkukuh kemudahan infrastruktur asas di kawasan luar bandar.


Pembinaan jambatan baharu itu jelasnya bukan sahaja akan memudahkan urusan harian penduduk, malah sebagai laluan penting bagi kenderaan kecemasan seperti jentera bomba untuk bertindak lebih pantas sekiranya berlaku insiden tidak diingini.

"Penghargaan tidak terhingga kepada Perdana Menteri atas keprihatinan terhadap rakyat DUN Batang Kali, serta ucapan terima kasih kepada Datuk Khidir dan seluruh warga Pejabat Pembangunan Negeri yang komited memastikan kebajikan penduduk terbela.


"Ini adalah bukti jelas bahawa pentadbiran Negeri Selangor dan Kerajaan MADANI bukan sekadar mendengar, tetapi bertindak pantas memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara dan pembangunan dirasai semua," tambah Setiausaha Politik kepada Menteri Besar itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page