top of page

PM Ismail Sabri terlepas peluang bentuk kerajaan pembaharuan, terpaksa umum dasar populis



Pengumuman 7 pembaharuan yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri semalam disifatkan sebagai cubaan mengalihkan isu selepas pemimpin Perikatan Nasional 2.0 tersebut terlepas peluang membentuk kerajaan pembaharuan dan mula mendapat maklum balas negatif daripada rakyat.


Bagi Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, PM Ismail sewajarnya mengambil kesempatan pertama selepas dilantik pada Ogos lalu dengan membariskan tokoh-tokoh berkaliber dalam kabinetnya.


Katanya, 'silat politik' Ismail kelihatan bermula baik apabila menjemput pemimpin Pakatan Harapan bertemu, namun perubahan itu terhenti akibat pertarungan kuasa yang memuncak, dan akibatnya beliau terlepas peluang memupuk keyakinan rakyat dengan melantik ahli politik yang dipertikaikan ke jawatan menteri.


"Apa bagusnya (pada peringkat permulaan)? Optiknya kerajaan dipimpin beliau serius melakukan kerja dan apa sepatutnya sebagai ketua untuk membuat jajaran dengan anggota Parlimen pembangkang.


"Namun selepas pertemuan itu, diumumkan kabinet. Rakyat tengok kabinet yang sama. Jumlah kabinet pun sama. Ada sedikit adjusment, kemudian dilantik Mahiaddin Yassin sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN). Bagaimana kita nak jangkakan keputusan berbeza (tidak gagal) bila kita buat perkara yang sama?


"Di sini dia telah hilang peluang. Sebab itu dia kena tampung dengan pengumuman yang bersifat populis. Saya tegaskan beliau sepatutnya mengambil peluang dengan mencorakkan keadaan negara pasca pandemik Covid.


"Sepatutnya kestabilan politik diutamakan kalau beliau mempunyai azam politik untuk memberikan pembangunan ekonomi kepada mereka yang dibuang kerja dan sebagainya.


"Saya percaya beliau akan mendapat sokongan lebih baik daripada pengumuman bersifat tempelan (7 perkara). Kita masih lagi tak boleh jangka sejauh mana hal (pembaharuan) itu dilakukan. Untuk ekonomi dan Covid nampaknya beliau telah terlepas (peluang)," katanya dalam forum maya, "Politikkopi: Perkembangan Seminggu", malam tadi.


Bagaimanapun, Shamsul mengakui pembaharuan yang diumumkan PM Ismail tersebut baik untuk perkembangan demokrasi di Malaysia tetapi Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu mengingatkan sebagaimana dialog khusus dalam filem seniman agung P. Ramlee bahawa kebaikan berkemungkinan mempunyai makna lain di belakangnya.


"Dia umum undang-undang anti lompat parti, Undi 18, PM 10 tahun. Biarpun diakui sebagaiannya dari tuntutan reformasi sejak 1998 dan sewajarnya ini perkara baik yang diumumkan


"Namun dalam hal ini saya ingat kata-kata filem P. Ramlee, 'baik ada makna'. Apakah setelah umum 7 tranformasi ini nanti diumum pula Najib sebagai penasihat ekonomi? Ini jadi masalah kepada negara.


"Sudahlah baru-baru ini diumumkan PM gagal sebagai pengerusi MPN. Jadi apakah kali ini tujuan yang ingin dibawa?" tanyanya.


Selain itu, Shamsul juga agak terkilan kerana PM mengumumkan pembaharuan 7 perkara tersebut ketika rundingan antara pihak Kerajaan dan Pembangkang masih berjalan berhubung isu berkenaan


Katanya, hal yang ditawarkan itu sebenarnya tidak jauh bezanya daripada tawaran Mahiaddin Yassin sebelum ini, cumanya pembangkang menolak ketika itu pentadbiran Mahiaddin telah sampai kepenghujungnya dan hanya kerajaan minioriti.


"Ada beza ketika Mahiaddin membuat hubungan dengan pembangkang dan Ismail berhubung dengan pembangkang?


"Ketika tawaran diberikan Mahiaddin, beliau telah minioriti tetapi Ismail (berhubung dengan pembangkang ketika) dia baru sahaja menjadi PM. Sudah tentu ada jangkaan rakyat bahawa mungkin akan ada perubahan.


"Dan perubahan itu ialah beliau menjemput Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu bertemu di Putrajaya," ujarnya.


Menjawab soalan moderator mengenai usul Undi Percaya yang seakan-akan takut untuk dibentangkan di Dewan Rakyat, Shamsul bersetuju bahawa usul itu seharusnya disegerakan pada hari pertama sidang Parlimen 13 September ini.


"Apa salahnya PM datang pada Isnin nanti dengan memasukkan usul Undi Percaya. Kalau kita nak masuk usul Undi Tak Percaya sukar berlaku kerana urusan kerajaan lebih utama. Kerajaan perlu masukkan Undi Percaya.


"Sepatutnya dia mulakan (pentadbiran) dengan satu tindakan yang boleh diterima oleh rakyat.


"Bagi saya isu keabsahan ini akan terus menghantui. Pergawai kerajaan pun bingung nak bagi sokongan, nanti tukar balik (kerajaan jatuh sekali lagi)," katanya.






0 comments

Комментарии


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page