top of page

PM dianggap sesat: Berhati hati dengan minda khawarij - Amidi



Ungkapan pendakwah dari Terengganu, ustaz Azhar Idrus menyatakan Perdana Menteri 'jahil dan sesat' dalam membawa kisah Ashabul Kahfi yang dinyatakan beragama Kristian merupakan tindakan amat gopoh dan tidak sewajarnya dilakukan dalam memberi pandangan keagamaan.


Menurut Pengarah Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN, Amidi Abdul Manan, kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam himpunan bersama kakitangan kerajaan di Putrajaya itu tidak salah sama sekali dari segi ilmu agama atau konteks sejarah.


"Pada saya tiada apa yang perlu dikomen jika kita menonton video ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan perkara tersebut, dengan minda yang terbuka dan ikhlas.


"Mesej beliau adalah ketegasan mempertahankan prinsip tanpa mengira usia. Hadapilah segala kesusahan sehingga terpaksa memencilkan diri dengan bersembunyi di gua yang sempit dan merimaskan (sekali pun).


"Inilah mesej yang diangkat oleh al-Quran. Keikhlasan mempertahankan aqidah adalah suatu yang dituntut dan dimuliakan dalam Islam.


"Sifat dan sikap Ashabul Kahfi, yang menginsafi mereka perlu membawa diri dan bersembunyi bagi menyelamatkan aqidah mereka atas asas ilmu dan keperluan semasa.


"Ia juga adalah ihsan Allah s.w.t. yang memilih mereka, dari kelompok pemuda atas dasar keikhlasan mereka beriman," kata Amidi dalam satu kenyataan.


Kata beliau, sebaliknya ustaz Azhar yang jelas mempunyai sikap dan pemikiran garis keras yang tidak boleh diteladani masyarakat.


Kata Amidi, pemikiran ekstrem seperti itu dalam sejarah Islam banyak kali berlaku sehingga menyebabkan berlaku perkelahian dan malah pergaduhan yang menghilangkan nyawa umat akibat bertikai perkara khilaf atau cabang yang bukan pokok dalam agama.


"Insiden seperti ini berlaku akibat ketaksuban pengikut dan akhlaq pendakwah yang buruk, yang mengeluarkan kata-kata yang boleh menyalakan api kebencian dan kemarahan.


"Imam al-Ghazali menyimpulkan ia sebagai penyelewengan misi ulama.


"Mereka yang terkena penyakit ini menyangka bahawa segala kelebihan sama ada berbentuk ilmu, kekuatan beribadah, ramainya pengikut, mahu pun kemampuan bersedekah adalah petunjuk mereka berada atas landasan kebenaran, lantas memandang hina kelompok yang tidak bersama mereka," katanya.


Bagi Amidi, pemikiran tersebut amat merbahaya sehingga seseorang yang dikuasai sikap berkenaan boleh melampaui batas serta sanggup mengeluarkan ugutan bunuh, menanam mayat musuh politik di jirat Cina dan sebagainya.


Mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia itu juga tidak menolak fahaman pelampau atau 'ghuluw' itu merupakan bunga bunga ke arah pemikiran 'khawarij' yang dalam sejarah Islam banyak mengkafirkan para sahabat Nabi Muhammad s.a.w dan mencetuskan pertumpahan darah.


"Kita boleh sahaja tidak bersetuju dengan mana-mana pemimpin hatta Perdana Menteri sekali pun, namun menggelar atau melabel dengan label yang seolah-olah meragui kesahihan aqidahnya seperti sesat, liberal dan seumpamanya hendaklah dielakkan


"Jika ada dalam kalangan pengikut atau penggemar kita berkelakuan sedemikian hendaklah ditegur agar kerosakan akhlak dapat dibendung dan dihentikan," katanya lagi sambil mengingatkan hadis Rasulullah s.a.w mafhumnya, 'Binasalah orang yang melampau' (Sahih Muslim : 2670, Sahih).


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page