Selesai mengerjakan ibadah umrah semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sela sela waktu sebelum berangkat ke Amerika Syarikat menghadiri mesyuarat APEC sempat bertemu jemaah dan pelajar Malaysia di Mekah.
Beliau beramah mesra bersama mereka ketika minum di restoran D'Saji, Mekah
"Berkesempatan minum malam di restoran D'Saji, Makkah.
"Saya juga ketemu dan beramah mesra bersama para jemaah dan pelajar Malaysia yang berada di sini.
"Turut mendoakan segala urusan mereka dipermudahkan, Insya-Allah," katanya.
PM dijadualkan akan mengetuai delegasi Malaysia pada Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-30 dari 14 hingga 17 November ini.
AELM, bertemakan "Mewujudkan Masa Depan yang Berdaya Tahan dan Mampan untuk Semua”, akan menyaksikan Perdana Menteri diiringi oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan pegawai kanan kerajaan.
Menteri MITI, Tengku Zafrul akan mengiringi Perdana Menteri ke Mesyuarat Pemimpin Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) Kedua, yang dianjurkan di luar AELM pada 16 November.
IPEF, rangka kerja kerjasama 14 negara di Indo-Pasifik, telah ditubuhkan di bawah pentadbiran Presiden AS, Joe Biden untuk menangani isu ekonomi jangka panjang, membolehkan rakan kongsi memberi respons dengan segera dan seiring dengan cabaran dan peluang global baharu.
ความคิดเห็น