top of page

PM bangga kejayaan penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merakamkan penghargaan dan menzahirkan rasa bangga susulan kejayaan penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 yang turut menyaksikan pengumuman penerusan inisiatif Baucar Buku MADANI bernilai RM100.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil (gambar) berkata, inisiatif baucar buku itu bertujuan membantu golongan pelajar mendapatkan bahan bacaan dan rujukan akademik yang berkualiti sekali gus memupuk budaya ilmu dan amalan membaca dalam kalangan generasi muda.


"Bantuan itu dijangka dimanfaatkan lebih 2 juta orang pelajar di seluruh negara," katanya dalam sidang media pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini.


Untuk rekod, pada PBAKL kali ini, Kartunis Reformasi, Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar melancarkan buku ‘Membangun Masyarakat MADANI Versi Kartun’.


Ia merupakan sebuah karya yang mengangkat usaha pembanterasan rasuah, reformasi pentadbiran dan pengukuhan tatakelola Kerajaan MADANI menerusi ilustrasi kartun yang sarat dengan fakta dan mudah dihayati rakyat.


Buku yang berharga RM20 senaskhah itu dilancarkan oleh Anwar di Selangor Pavilion, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 29 Mei lalu.


Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata, PM Anwar juga telah mengarahkan agar tindakan penguatkuasaan yang tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati telah melanggar peruntukan undang-undang dan menyalahgunakan lesen, visa atau kemudahan perniagaan yang diperuntukkan termasuk untuk warganegara Malaysia.


Katanya, arahan itu dikeluarkan susulan aduan dakwaan pengambilalihan aktiviti perniagaan tempatan oleh warga asing.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page