top of page

PM arah DBKL tanam 100 pokok ganti pokok berisiko tumbang



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memotong pokok berisiko bagi mengelak insiden pokok tumbang berulang.


Namun beliau menegaskan, setiap setiap pokok yang ditebang perlu digantikan dengan 100 pokok lain.


“Saya telah memberi arahan kepada Datuk Bandar (Datuk Kamarulzaman Mat Salleh) iaitu bagi setiap pohon yang terpaksa dipotong, 100 pokok baharu wajib ditanam semula,” katanya dalam satu kenyataan.


Arahan itu diberikan berikutan dua kejadian pokok tumbang disebabkan hujan lebat dan ribut di ibu negara dalam tempoh selang seminggu.


Pada 7 Mei lepas, kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail telah meragut nyawa seorang lelaki dan mencederakan dua yang lain selain 17 buah kenderaan rosak.


Insiden sama turut berlaku pada 13 Mei (Isnin) membabitkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abdul Rauf Yusof di Jalan Pinang apabila kereta jenis Proton X70 milik pengiringnya rosak dihempap pokok tumbang.


Susulan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa mengarahkan DBKL mengambil tindakan segera menebang pokok-pokok yang berisiko tinggi di sekitar ibu negara.


Selain itu, beliau juga meminta DBKL menambah baik Pelan Pengurusan Pokok Rendang dan menyediakan garis panduan baharu berkaitan pokok berusia atau berisiko tinggi yang dijangka siap pada Julai ini bagi memastikan insiden sama tidak berulang.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page