top of page

PM Anwar bertemu Nadir Al-Nuri dan keluarganya



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail bertemu dengan aktivis kemanusiaan Palestin, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman bersama keluarganya di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya semalam.


Pertemuan tersebut diadakan selepas misi membawa keluarga isteri dan anak-anak Muhammad Nadir keluar dari Gaza berjaya dilaksanakan menjelang Aidilfitri lalu.


"Alhamdulillah, gembira melihat isteri dan anak-anaknya kini berada dalam keadaan baik selepas melalui penderitaan yang panjang di Semenanjung Gaza.


"Kami berbicara panjang terkait penderitaan rakyat Palestin, pendirian Malaysia serta pengalaman anggota keluarganya keluar dari zon konflik sebelum pulang ke Malaysia," katanya Anwar dalam hantaran di Facebook.


Anwar berkata, Muhammad Nadir turut berkongsi kisah yang begitu mengesankan di mana anak-anaknya teruja melihat telur dan tembikai ketika mula sampai ke Malaysia.


Ini kerana kata beliau sudah berbulan lamanya mereka tidak dapat menikmati makanan asas itu akibat situasi perang yang kian memburuk.

"Saya mendoakan Nadir dan keluarganya dapat meneruskan kehidupan dengan tenang.


"InshaAllah, saya akan terus membantu sedaya upaya dalam memudahkan urusan menyalurkan bantuan kemanusiaan dari Malaysia kepada rakyat Palestin," kata Anwar lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page