top of page

PKP 3.0: Bantuan tunai RM300 tidak cukup, sediakan moratorium automatik, rebat caj elektrik


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) didesak untuk mengkaji semula pakej rangsangan ekonomi Pemerkasa Plus, terutama segmen bantuan kepada rakyat.


Jawatankuasa Kos Sara Hidup Pakatan Harapan (PH) berkata, bantuan tunai dan moratorium pinjaman bank yang disediakan oleh kerajaan terlalu kecil untuk menjamin rakyat hidup selesa mengharungi Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 atau lockdown.


"Bantuan one off kepada isi rumah berpendapatan kurang dari RM2,500, hanya RM500, manakala isi rumah yang berpendapatan antara RM2,500 ke RM5,000, mendapat RM300 sahaja.


"Jumlah ini sangat kecil dan tidak memadai untuk membantu mereka yang terjejas, terutamanya sekiranya PKP 3.0 ini dilanjutkan selepas 14 Jun nanti.


"Manakala diskaun bil TNB hanya kepada golongan kelompok kecil sahaja, itu pun hanya 10%. Pengguna domestik langsung tak dapat apa-apa manfaat, sedangkan mereka disuruh "stay at home". Pastinya bil domestik akan meningkat mendadak pada bulan Jun 2021 seperti mana yang berlaku pada Mac dan April 2020 lalu," kata jawatankuasa itu.


Pakatan Harapan turut mempertikaikan moratorium bank yang diberi kepada pemohon yang kehilangan pekerjaan, serta subsidi upah pula hanya untuk sebulan.


Menurut mereka, bank terus mencatat keuntungan besar sekepas PKP 1.0 lalu dan mereka sepatutnya lebih prihatin serta membantu rakyat ketika PKP kali ini.


"Moratorium bank selama 3 bulan, hanya untuk golongan B40, tiada manfaat serupa kepada golongan M40 kecuali mereka membuktikan mereka turut terjejas, iaitu beban bukti terletak pada bahu mereka.


"Sepatutnya moratorium secara automatik tanpa permohonan kepada semua golongan B40 dan M40, kerana bank adalah golongan kaya yang sepatutnya memberikan lebih banyak bantuan kepada rakyat yang terkesan.


"Subsidi upah pula hanya sebulan tanpa dinyatakan berapakah jumlah untuk seorang pekerja, apakah masih pada kadar RM1,200 untuk setiap orang pekerja?" tanya mereka.


Bagaimanapun Jawatankuasa Kos Sara Hidup tetap menyambut baik lanjutan HOC sehingga 31 Dis 2021, yang dijangka akan dapat merancakkan lagi industri pembinaan dan perumahan swasta. Bukti jelas polisi yang dimulakan ketika zaman Pakatan Harapan itu adalah skim yang baik dan kini diteruskan.


Namun menurut mereka, kerajaan PN perlu berbelanja lebih besar bagi menangani kemerosotan pendapatan rakyat.


Kata mereka, daripada RM40 bilion yang dinyatakan, sebenarnya RM5 bilion sahaja diberikan secara terus dan dapat dirasai oleh rakyat. Maknanya RM35 bilion yang diumumkan hanya 'indah khabar dari rupa', bukannya suntikan dana secara langsung tetapi ia adalah fiskal atas kertas sahaja.


"Bantuan harus konsisten dan dapat diramalkan untuk membolehkan rakyat merancang lebih awal. Ia tidak boleh ditaburkan secara tiba-tiba semasa lockdown yang diumumkan secara tiba-tiba.


"40% daripada KDNK Malaysia berada di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor dan gangguan terhadap kehidupan normal telah berlaku di kawasan-kawasan ini sejak PKP bermula pada 12 Mei dan bukan hanya untuk 14 hari yang akan datang sekarang," kata mereka lagi.


Oleh itu, Jawatankuasa Kos Sara Hidup PH berpendapat bagi mendapatkan kesan yang betul-betul membantu, bantuan harus retrospektif dan meliputi bulan-bulan sebelumnya dan harus diteruskan sehingga vaksinasi selesai dan “herd immunity” dicapai.


Bantuan tidak boleh dibuat secara “one-off” seolah-olah ianya dedak, yang sememangnya tidak bertujuan untuk membantu rakyat, tetapi hanya cubaan untuk menaikkan imej politik PN.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Hassan Abdul Karim (KEADILAN), Datuk Hj Hasanuddin Mohd Yunus (Amanah), Chong Chieng Jen (DAP), Natrah Ismail (KEADILAN), Sivakumar Varatharaju Naidu (dap), Chan Foong Hin (DAP) dan Cha Kee Chin (DAP).

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page