top of page

Pintas flotila GSF di perairan antarabangsa lakukan ‘International Wrongful Act’

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 3
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Biro Guaman & Aduan Awam Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Israel memintas kapal misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) di perairan antarabangsa.


Ketua biro Khairul Naim Rafidi (gambar), dalam satu kenyataan berkata, tindakan Israel memintas kapal membawa sukarelawan awam serta bantuan kemanusiaan itu merupakan pencabulan nyata terhadap undang-undang antarabangsa.


"Pemintasan Israel adalah satu bentuk pencabulan nyata terhadap undang-undang antarabangsa termasuk United Nations Convention on the Law of the Sea 1982 (UNCLOS) yang dengan jelas menjamin kebebasan pelayaran di laut lepas.


"Ia juga melanggar Fourth Geneva Convention 1949 yang menegaskan bahawa bantuan kemanusiaan tidak boleh dihalang daripada sampai kepada penduduk awam," tegasnya dalam kenyataan.


Khairul Naim menegaskan, prinsip asas International Humanitarian Law (IHL) menggariskan kewajipan semua pihak untuk memudahkan dan bukan menghalang sebarang penghantaran bantuan


Justeru berdasarkan instrumen tersebut, tindakan Israel jelas merupakan satu international wrongful act yang memberi hak kepada komuniti antarabangsa menuntut pertanggungjawaban.


"Biro Guaman & Aduan Awam AMK dengan ini menuntut pembebasan segera dan tanpa syarat semua sukarelawan flotila kemanusiaan. Keselamatan mereka adalah tanggungjawab penuh rejim Israel di bawah undang-undang antarabangsa.


"Kami menggesa Kerajaan Malaysia untuk menggerakkan tindakan tegas melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) serta saluran undang-undang antarabangsa termasuk Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC)," tambahnya.


Kenyataan itu turut menyatakan sokongan penuh AMK terhadap pendirian tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengecam tindakan rejim Israel tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page