top of page

Pimpinan KEADILAN beri penghormatan terakhir kepada Aunty Bersih



Oleh: Abdullah Zaid


Pimpinan KEADILAN hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Puan Annie Ooi atau lebih dikenali Aunty Bersih di Gereja St Joseph Sentul, hari ini.


Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Hee Loy Sian berkata, bekas guru Bahasa Inggeris itu akan dikenang sebagai aktivis gigih dan menjadi teladan kepada generasi penerus untuk membawa semangat Reformasi kepada negara.


"Setiap kali perhimpunan (BERSIH) Aunty Bersih bukan setakat hadir tetapi beliau mesti berada di barisan hadapan.


"Semangat yang ada Aunty Bersih perlu dijadikan contoh kepada anak muda dalam membawa perubahan," katanya kepada Suara Keadilan.


Turut memberikan penghormatan ialah Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai yang menyentuh detik perkenalan dirinya dan Annie Ooi yang telah lama terjalin, terutama menerusi anak lelaki mendiang.

Andre Lai

"Saya mengenali beliau sebagai seorang yang tinggal dalam perumahan yang sama jadi saya kerap berjumpa dengan beliau.


"Antara kenangan yang bermakna buat saya ialah beliau sering menumpang kereta saya dalam perhimpunan harian di depan penjara Sungai Buloh (Himpunan Bebas Anwar).


"Saya mendoakan Aunty Anne semoga tenang dan bahagia di sana," ujarnya lagi.


Mendiang Anne merupakan anak jati Bukit Mertajam Pulau Pinang dan bekas guru Bahasa Inggeris meninggal dunia pada umur 78 tahun.


Majlis pengingatan mendiang Aunty Bersih diadakan bermula hari ini sehingga esok sebelum dihantar ke kremotirum dan dikebumikan di St Anne’s Parish Pulau Pinang.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page