top of page

Pilihan raya corakkan kestabilan, rakyat sejahtera - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 2 min read
KEHADIRAN Anwar Ibrahim disambut hangat penduduk pada program Jelajah Johor ke Depan Undi Harapan di DUN Serom, Sungai Mati, Tangkak malam tadi. Foto Ihsan Anwar Ibrahim melalui Facebook
KEHADIRAN Anwar Ibrahim disambut hangat penduduk pada program Jelajah Johor ke Depan Undi Harapan di DUN Serom, Sungai Mati, Tangkak malam tadi. Foto Ihsan Anwar Ibrahim melalui Facebook

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru kepada pengundi di Johor agar memberikan mandat kepada Pakatan Harapan (PH) bagi memastikan usaha untuk membangunkan negeri ini lebih tersusun untuk manfaat seluruh rakyat.


Perdana Menteri berkata pilihan raya bukan sekadar bertujuan memilih parti atau individu untuk memegang kepimpinan, sebaliknya menentukan hala tuju bagi masa depan demi generasi akan datang.


"Saya menyeru para pengundi agar memberikan mandat kepada HARAPAN supaya ikhtiar membangunkan negeri ini dapat diteruskan secara lebih tersusun, meyakinkan dan berkesan demi manfaat seluruh rakyat.


"Pilihan raya bukan sekadar soal memilih parti atau individu. Yang lebih utama ialah menentukan haluan Johor untuk tahun-tahun mendatang serta masa depan yang ingin kita wariskan kepada anak-anak," katanya dalam hantaran di media sosial.


Beliau mengulas ucapannya pada program Jelajah Johor ke Depan, Undi Harapan DUN Serom di Sungai Mati malam tadi


ANWAR IBRAHIM mahu rakyat menggunakan peluang mencorak kestabilan politik ketika berucap di Bukit Gambir malam tadi. Foto Ihsan Anwar ibrahim melalui Facebook
ANWAR IBRAHIM mahu rakyat menggunakan peluang mencorak kestabilan politik ketika berucap di Bukit Gambir malam tadi. Foto Ihsan Anwar ibrahim melalui Facebook

Dalam program terakhir dalam siri jelajah dua hari itu, Anwar yang juga Pengerusi PH menekankan Pilihan Raya Negeri Johor pada 11 Julai ini merupakan peluang penting bagi mencorakkan politik negeri yang stabil sekali gus meningkatkan program pembangunan untuk kesejahteraan rakyat.


"Inilah masanya rakyat membuat pilihan yang akan mencorakkan kestabilan politik, mengukuhkan ekonomi, meningkatkan keyakinan pelabur, membuka lebih banyak peluang pekerjaan serta menjamin kesejahteraan generasi akan datang," katanya.


Terdahulu, soal kepentingan kestabilan politik turut ditekankan Anwar dalam ucapannya dalam sesi ramah mesra bersama orang ramai di Bukit Gambir.


Kata beliau Johor mempunyai segala prasyarat untuk terus mara sebagai negeri yang maju dan menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi negara.


"Yang diperlukan ialah kestabilan politik, pentadbiran yang bijaksana, berintegriti dan kesungguhan untuk terus bekerja demi kepentingan rakyat, bukan melayani percaturan politik yang tidak berkesudahan.


"Dengan mandat yang jelas kepada HARAPAN, kita mampu meneruskan agenda pembangunan, memperkukuh ekonomi dan memastikan kemakmuran dapat dinikmati oleh seluruh rakyat," ujarnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page