Piala Dunia 2026: Kerajaan pantau, ambil tindakan terhadap judi 'online'
- Suara Keadilan

- Jun 9
- 1 min read

Kerajaan MADANI akan melakukan pemantauan ketat sepanjang kempen Piala Dunia FIFA 2026 bagi membendung sebarang aktiviti perjudian dalam talian.
Menterinya, Datuk Fahmi Fadzil (gambar) berkata, tindakan tegas akan dilaksana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terhadap sebarang kandungan atau pautan yang membabitkan berunsur perjudian.
Dalam masa serupa beliau turut menyeru kerjasama orang ramai membantu pihak berkuasa membanteras penyebaran kandungan perjudian yang semakin memanfaatkan platform digital untuk beroperasi.
"Aktiviti perjudian dalam talian adalah dilarang di negara ini dan pihak berkuasa mempunyai mekanisme untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang terlibat.
"Orang awam boleh membuat aduan jika melihat pautan ataupun kandungan yang bersifat judi dalam talian. Sila panjangkan aduan kepada pihak MCMC untuk diambil tindakan segera," katanya dipetik.
Fahmi berkata demikian pada sidang media selepas Sesi Persidangan Meja Bulat Pelaporan Media Selamat Berkaitan Tingkah Laku Bunuh Diri di Putrajaya pada Isnin.
Piala Dunia FIFA 2026 akan bermula Khamis ini melibatkan penyertaan 48 negara.
Sebanyak 104 perlawanan dijadual berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.
Sementara itu Fahmi turut memberi amaran akan bertindak tegas terhadap mana-mana laman sesawang atau portal yang dikesan menawarkan perkhidmatan perjudian dalam talian.




Comments