top of page

PH sepakat tolak Belanjawan 2021



Pakatan Harapan (PH) hari ini sepakat menyatakan pendirian menolak Belanjawan 2021 yang tidak menepati matlamat memerangi pandemik Covid 19 sebagaimana diuar-uarkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini.


Menurut kenyataan bersama PH, gabungan itu akan melakukan undi belah bahagi esok agar Belanjawan 2021 tidak diluluskan dan perlu dirangka semula.


"Rakyat Malaysia sedia maklum apa yang diumum Menteri Kewangan sama ada sewaktu pengumuman atau penggulungan Belanjawan 2021 mahupun dalam siri kenyataan media, tidak memenuhi apa yang dipohon dan diharapkan ramai Ahli-ahli Parlimen malah rakyat amnya.


"Ini termasuklah isu KWSP, isu moratorium pinjaman bank, isu bantuan kepada petugas barisan hadapan (frontliners) dan yang terkesan akibat pandemik Covid-19, isu pendidikan anak-anak kita, pendapatan yang berkurangan, pekerjaan yang hilang, kos sara hidup yang makin meningkat serta banyak lagi.


"PH sebelum ini telah menyatakan bahawa kami akan membahaskan Belanjawan 2021 di peringkat dasar dan jawatankuasa, dan akhirnya akan membuat undian belah bahagi pada bacaan kali ketiga. Ini akan berlaku esok," kata kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Majlis Setiausaha PH.


Kenyataan itu yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung Amanah Datuk Dr Hatta Ramli dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke turut menyeru agar Ahli-ahli Parlimen yang pro-rakyat, tidak mengira ideologi parti atau berada di pihak mana agar turut sama menyokong usaha PH menggagalkan belanjawan.


"Pakatan Harapan menggesa semua Ahli Parlimen, sama ada di sebelah Pembangkang mahupun dari kalangan penyokong Kerajaan, yang memahami bahawasanya belanjawan ini tidak menepati objektif dan matlamat untuk memerangi Covid-19, membantu rakyat, dan menghidupkan semula ekonomi, agar memilih menolaknya pada bacaan kali ketiga esok," kata kenyataan itu lagi.


Pengundian kali ketiga adalah yang terakhir selepas pengundian peringkat dasar dan peringkat jawatankuasa.


Sekiranya gagal maka Perdana Menteri Tan Sri Muhyididn Yassin perlu meletak jawatan atau pun membubarkan Parlimen sekiranya mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page