top of page

PH Mahu Bahas Menteri Langgar Kuarantin, Tapi Usul Ditolak Speaker


Pembangkang mengusulkan supaya Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali yang melanggar perintah kuarantin selama 14 hari dibahaskan di Parlimen.


Usul itu dibuat oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menerusi satu surat yang dikemukakan kepada Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun.


"Saya Ahli Parlimen Pasir Gudang mohon mencadangkan agar Majlis Mesyuarat ini ditangguhkan mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) untuk membahaskan berkenaan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Ahli Parlimen Kuala Nerus yang pulang ke Malaysia dari negara Turki poda 7hb Julai 2020 yang sepatutnya menjalani Perintah Kuarantin Wajib di rumah selama 14 hari telah didapati melanggar perintah tersebut apabila pada 13 Julai 2020.


"Menteri berkenaan telah hadir di persidangan Dewan Rakyat. Usul ini suatu perkara yang tertentu iaitu berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh YB Ahli Parlimen Kuala Nerus yang merupakan seorang menteri dalam Kabinet Kerajaan Persekutuan," menurut usul itu.


Hassan juga menggesa supaya usul itu segera dibahaskan kerana ia melibatkan isu kesihatan dan integriti kerajaan.


"Usul ini juga usul yang berkehendak disegerakan kerana Malaysia sekarang masih dalam PKPP. Malaysia masih dalam usaha memerangi pandemik Covid-19.


"Kes-kes positif yang baru masih direkodkan setiap hari. Kluster-kluster baru juga masih wujud.


"Usul ini juga melibatkan kepentingan ramai kerana ia melibatkan pelaksanaan undang-undang Perkara (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa semua orang adalah sama rata dari segi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang," katanya.


Pada masa sama, Hassan berharap kerajaan tidak bersikap pilih kasih apabila kesalahan dilakukan oleh menteri.


"Ahli Parlimen Kuala Nerus hanya didenda ringan iaitu dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 sahaja atas kesalahannya melanggar perintah kuarantin manakala rakyat biasa yang melakukan kesalahan yang sama telah dihukum berat dengan denda yang lebih tinggi termasuk hukuman penjara.


"Malaysia sebuah negara yang mengamalkan prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang yang merupakan dua teras utama Rukun Negara tentu sekali tidak akan membenarkan wujudnya sistem keadilan yang bersifat dua darjat. Satu set undang-undang untuk rakyat jelata manakala satu set lagi untuk para VIP dan para menteri," katanya.


Bagaimanapun, Azhar menolak usul tersebut, dengan alasan Khairuddin sudah dikenakan tindakan.


"Saya telah meneliti usul yang dikemukakan oleh Yang Berhormat dan saya

dimaklumkan bahawa Yang Berhormat Kuala Nerus telah dikompaun oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan laporan-laporan polis dibuat terhadap beliau yang mana sedang disiasat dan akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara.


"Oleh yang demikian, memandangkan intipati kandungan usul yang dicadangkan oleh Yang Berhormat tidak lagi menjadi sesuatu yang perlu disegerakan, makanya saya menolak usul Yang Berhormat dalam kamar," katanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page