PETRA tingkat kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
- Azuan Ab Rahman

- 1 hour ago
- 1 min read

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) memperkukuh kesiapsiagaan operasi pengurusan risiko banjir sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) sekaligus memastikan keselamatan rakyat terjamin menjelang Aidilfitri.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (gambar) berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berada dalam keadaan siap siaga menghadapi musim MTL yang dijangka berakhir Mac ini.
"Sehingga 17 Mac 2026, sebanyak 745 kejadian banjir telah direkodkan di seluruh negara kecuali Wilayah Persekutuan Putrajaya," katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Kementerian itu memaklumkan, pihaknya mambuat pemantauan operasi ramalan dan amaran banjir sepanjang 24 jam sehari, menggunakan model di 36 lembangan sungai, disokong 1,798 stesen hidrologi telemetri.
"Pemantauan turut melibatkan 16 empangan kendalian JPS dan 761 kolam takungan banjir di seluruh negara.
"Dalam pada itu, kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta syarikat telekomunikasi dilaksanakan bagi menyalurkan hebahan amaran banjir melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada penduduk di kawasan berisiko," tambah kenyataan tersebut.
Orang awam disaran mengikuti maklumat ramalan dan amaran banjir yang dikeluarkan secara rasmi oleh JPS melalui laman web Public Infobanjir serta aplikasi MyPublicInfoBanjir.




Comments