top of page

Pesta tarian: 'Sibuk negeri lain, Terengganu ditadbir Pas juga ada'

Updated: May 25



Pesta tarian di koc sewaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) baru baru ini menerima kecaman daripada pemimpin Pas terutama Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari yang yang berkata hal itu dilihat bertentangan dengan falsafah Malaysia Madani dibawakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Biarpun KTMB telah menjelaskan aktiviti tarian tersebut tidak dimaklumkan kepada mereka ketika penyewa mengemukakan permohonan.


Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yob, Fadhli dan pemimpin Pas tidak seharusnya menyerang melulu pentadbiran Kerajaan Madani sebelum melihat aktiviti hiburan melibatkan tarian yang turut berlaku di negeri ditabdir Pas seperti Kedah dan Kelantan dilakukan oleh bukan Islam, dan terbaharu pendedahan aktiviti sama di Pulau Lang, sebuah pulau pelancongan di Terengganu.


"KEADILAN Kemaman mengecam sikap hipokrit dan double standard pihak Pas yang tidak berkesudahan ingin mempotretkan bahawa Kerajaan Madani anti Islam, pro kepada maksiat dan sebagainya


"Tetapi dalam masa sama kerajaan Pas Terengganu yang diagung agungkan antara kerajaan Islam terbaik di bawah Pas pun 'ada konsert' dan ia berlaku di Terengganu," katanya.


Justeru, Ahmad Nadhir mengingatkan pemimpin Pas agar tidak sewenang wenangnya menghentam Kerajaan Madani sedangkan parti yang mengaku memperjuangkan Islam itu juga tidak mampu mengawal sepenuhnya aktiviti di bawah pihak berkuasa tempatan di negeri masing masing.


"Jadi Pas sudah kehilangan kompas moral untuk menegur kerajaan kerana dalam masa sama di dalam negeri mereka tadbir juga berlaku benda sama," katanya lagi.


Untuk rekod, media sosial pada 16 Mei lalu tular dengan berita aksi pesta hiburan di koc KTMB yang dikritik pemimpin Pas.


Beberapa hari selepas itu netizen dikejutkan pula dengan gambar pesta hiburan ala Hawaii 'Aloha Party' di sebuah resort di Pulau Lang, Terengganu dengan pertunjukan tarian gadis berpakaian seksi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page