top of page

Perubahan kuasa boleh berlaku semasa darurat - Dr Aziz Bari



Perisytiharan darurat yang dilakukan oleh pentadbiran Perdana Menteri (PM) Muhyiddin Yassin pada 11 Januari lalu didakwa banyak pihak bertujuan untuk mengelakkan kerajaan Perikatan Nasional tumbang akibat hilang majoriti apabila Ahli-ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan.


Bagi pakar undang-undang Perlembagaan, Dr Aziz Bari, hal itu tidak tepat kerana perubahan kuasa masih boleh berlaku dalam situasi darurat malah dibenarkan oleh Ordinan Darurat itu sendiri.


Beliau membawakan contoh pertukaran tampuk pemerintahan dari PM pertama Tunku Abdul Rahman kepada Tun Razak pada 1970 dilakukan sewaktu pemerintahan darurat.


"Ada kata perubahan kuasa tidak boleh berlaku waktu darurat. Ini tidak benar. Seksyen 11 (a) Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu 2021 sendiri tidak menghalang. Dan kita di Malaysia pernah mengalami perubahan kuasa ketika darurat. Yakni waktu pentadbiran negara berubah dari Tunku Abdul Rahman kepada Tun Razak pada 1970.


"Di sisi Perlembagaan, pentadbiran Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak adalah dua kerajaan yang berbeza walaupun mereka sama-sama Umno. Apa yang melambatkan perubahan kuasa (ketika itu) adalah kononnya permintaan Sultan Kedah, yang kebetulan anak saudara Tunku yang mahukan beliau menunggu sekejap.


"Keputusan perubahan kerajaan waktu itu adalah keputusan Umno dan bukan keputusan Yang di-Pertuan Agong. Darurat diisytiharkan pada Mei 1969 oleh Yang di-Pertuan Agong keempat, Sultan Terengganu dan perubahan kuasa berlaku pada September 1970," katanya dalam siri siaran di Facebook rasmi beliau.


Mantan pensyarah kanan undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu berkata, Speaker Dewan Rakyat sebelum ini telah merencatkan proses demokrasi dengan menghalang Usul Undi Tidak Percaya dibentang di Dewan Rakyat.


Seterusnya, kata Dr Aziz, hanya Yang di-Pertuan Agong boleh membuat keputusan dalam situasi semasa.


"Sekarang bagaimana? (Ahli Parlimen) Port Dickson kata dia ada majoriti yang cukup. Pagoh diam membisu enggan menafikan. Jadi bagaimana? Undang-undang kata 'bola di padang Istana Negara'.


"Speaker Dewan Rakyat (dalam persidangan yang lepas) telah mengganggu proses biasa Perlembagaan apabila beliau menolak usul Undi Tidak Percaya dalam sidang Parlimen yang lalu," katanya lagi.


Sebelum perisytihatan darurat, Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan dalam dua sidang media bahawa beliau mempunyai sokongan yang lebih daripada mencukupi untuk mengambil alih kerajaan persekutuan dari PM Muhyiddin.


Sokongan diperolehi dari Ahli-ahli Parlimen Umno yang tidak lagi bersetuju dengan tindak tanduk pentadbiran Muhyiddin yang membuli parti itu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page