top of page

Persoal PM, Amirudin: Azmin lupa cermin diri sendiri - Danish Hairudin



Tindakan Pengerusi PN Selangor, Azmin Ali mempersoalkan usaha pemulihan ekonomi di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mengundang kecaman kepada dirinya sendiri.


Bagi Timbalan Pengarah Komunikasi KEADILAN Malaysia, Danish Hairudin, tindakan mempertikaikan keberkesanan pemerintahan Kerajaan Perpaduan itu hanya menyebabkan rakyat akan bertanya kembali apakah yang beliau lakukan sepanjang 5 tahun dalam kerajaan Pakatan Harapan dan PN.


"Pandangan kabur dan tidak jelas tentang hala tuju Kerajaan Perpaduan hanyalah retorik politik Azmin.


"Sedngkan Datuk Seri Anwar terus konsisten untuk mentadbir negara dengan tatakelola baik dan menghapuskan rasuah.


"Prinsip asas membolehkan negara membangun dengan baik dan dapat memberi keyakinan kukuh kepada pelabur-pelabur. Hal ini jelas apabila suku pertama pertumbuhan Malaysia mengatasi Singapura, Indonesia dan China dengan nilai pelaburan kita mencecah RM71 bilion untuk empat bulan pertama.


"Azmin hanya memalukan diri sendiri apabila mengkritik kerajaan PH terdahulu yang beliau sendiri sebahagian daripada anggota Kabinet pimpinan Dr Mahathir Mohamad selama 22 bulan. Azmin nak bicara ekonomi? Semasa 22 bulan jadi Menteri Ekonomi apa beliau buat? Pergi ke Sandakan?" tanyanya dalam satu kenyataan.


Manakala tindakan Azmin memperbesar besarkan dirinya konon berjasa melantik Menteri Besar (MB) Selangor ketika ini, Datuk Seri Amirudin Shari dibidas Danish kerana hal pelantikan jawatan tidak perlu diungkit lagi berikutan Amirudin sememang layak mentadbir Selangor, dan banyak polisi baharu menguntungkan rakyat diperkenalkan sepanjang pentadbiran beliau.


"Azmin menyerang Datuk Seri Amirudin dengan angkuh menyatakan beliaulah yang meletakan Amirudin sebagai MB Selangor.


"Sekali lagi tafsiran Azmin kabur, Amirudin diangkat menjadi MB Selangor atas nama KEADILAN. KEADILAN dan Pakatan Harapan yang meletakan beliau diposisi tersebut, bukan kerana individu bernama Azmin Ali.


"Adakah Azmin sudah bertukar menjadi tuhan yang begitu berkuasa menentukan kedudukan seseorang? Sekali lagi Azmin berbicara angkuh. Beliau terlupa bahawa beliau baru sahaja direjam oleh rakyat Gombak dengan tewas hampir 13,000 undi di tangan Amirudin pada PRU 15 lalu," katanya.


Justeru, Danish menggesa Azmin berhenti daripada sifat kemunafikannya dan bermuhasabah bahawa beliau telah ditolak oleh rakyat Selangor.


Katanya, rakyat Selangor bijak menilai calon yang benar-benar ikhlas, berprinsip dan tidak khianat kepada mandat rakyat.


Beliau juga, kata Danish lagi, Azmin sewaktu menjadi MB tidak banyak mewujudkan polisi yang inovatif dalam membantu rakyat.


"Ketika Azmin memimpin Selangor, tidak banyak skim bantuan sosial manakala rizab negeri pula kurang baik. Segala kelemahan yang ditinggalkan Azmin dibersihkan oleh Datuk Seri Amirudin dengan sedaya upaya bagi memastikan sosio ekonomi negeri Selangor terus berdaya tahan dan rakyat terus mendapat perkhidmatan terbaik.


"Hari ini rakyat Selangor berbangga dengan lebih 44 inisiatif bantuan yang dikenali sebagai Iltizam Selangor Penyayang. Bermula daripada lahir, anak kelainan upaya, keluarga B40 sehingga warga emas semuanya diangkat martabat mereka dengan bantuan khusus Kerajaan Negeri.


"Prestasi cemerlang Amirudin mengemudi Selangor sudah cukup untuk memberi gambaran jelas dan tidak kabur kepada rakyat untuk terus memberi sokongan kepada PH mentadbir Selangor," katanya.


Tegas Danish, Azmin tidak perlu terlalu banyak beretorik, sekiranya beliau anak jantan maka wajib mempertahankan kerusi DUN Bukit Antarabangsa yang beliau menangi sejak 3 penggal lalu walaupun berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum 15 Azmin kalah di DUN itu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page