top of page

Perlu subsidi bersasar: Subsidi petrol 14 kali lebih tinggi bajet kesihatan



Pembentangan Belanjawan 2024 oleh Kerajaan Perpaduan petang ini amat perlu kepada memperkenalkan polisi subsidi bersasar berbanding subsidi pukal yang diamalkan sekarang.


Bagi Felo Kanan Penyelidik SWRC Universiti Malaya, Dr Zulkifly Omar, subsidi pukal terutama ke atas bahan api dan elektrik sejak sedekad lalu telah memakan terlalu banyak peruntukan kerajaan.


Misalnya, pada 2022 sahaja subsidi melibatkan petrol, diesel dan elektrik diperuntukkan sebanyak RM60.6 bilion, sedangkan perbelanjaan kesihatan dalam tempoh sama hanya RM4.4 bilion, 14 kali ganda lebih rendah.


"Perbelanjaan subsidi tinggi untuk petrol dan perbelanjaan kesihatan begitu rendah


"Di dalam ekonomi, selalu ditekankan bila kita guna subsidi, ada kesan kepada keseluruhan kesejahteraan ekonomi. Kalau kita beri subsidi kepada golongan rentan benda itu bukan percuma.


"Wang datang daripada cukai rakyat. Ada orang perlu membayarnya. Kalau subsidi menyeluruh ada kesan tidak efisien sistem ekonomi, kekayaan negara hilang begitu sahaja.


"Sekiranya perbelanjaan itu disalurkan kepada perbelanjaan pembangunan maka ia akan memberi kesan jangka masa panjang," katanya dalam forum atas talian terbitan Sumberkini bertajuk: "Reformasi Subsidi, Siapa Untung?" malam tadi.


Tambah Dr Zulkifly, perbelanjaan pembangunan misalnya lebih memberi pulangan jangka panjang seperti menyediakan infrastruktur untuk kawasan industri atau sebagainya.


Agak malang bagi Malaysia, katanya, polisi subsidi sejak dua dekad lalu telah menurunkan produktiviti dan efisiensi pula semakin berkurangan.


Hal itu, kata beliau, akan memicu masalah serius pada masa hadapan sekiranya tidak dilakukan reformasi ekonomi mulai sekarang.


"Kalau tidak dilakukan reformasi sekarang masa akan datang kesan lebih serius. Kita tengok sekarang bila kerajaan beri subsidi sedangkan hasil kerajaan tidak meningkat.


"Pendapatan (negara) tidak meningkat dan dalam masa sama kerajaan perlu belanja lebih untuk susbidi.


"Pinjaman kalau (diambil negara) tidak diseragamkan dengan pembangunan. Kalau hutang untuk pembangunan maka hasil akan meningkat. Tetapi kalau kerajaan meminjam untuk susbidi ia hanya akan meningkatkan pertumbuahn semasa namun tidak untuk jangka panjang," katanya lagi.


Kerajaan Perpaduan hari ini dijangka akan mengumumkan polisi baharu melaksanakan subsidi bersasar, terutama ke atas bahan api dan tidak lagi membenarkan polisi subsidi pukal yang membenarkan golongan T20 turut menikmati subsidi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page