top of page

Perkenal kuota jualan benih elak lambakan sayur sayuran



Lambakan sayur sayuran baru baru ini menyebabkan petani di seluruh negara mengalami kerugian bernilai ratusan juta ringgit ekoran kekurangan info pasaran atau penanaman tanpa perancangan oleh petani.


Menurut mantan Timbalan Menteri Pertanian, Sim Tze Tzin, lambakan itu diburukkan lagi akibat permintaan yang rendah kerana cuti berpanjangan pada awal tahun.


Katanya, biar pun lambakan sayur sayuran berlaku hampir setiap tahun namun yang menimpa petani pada tahun ini mungkin terburuk dalam sejarah.


Sehubungan itu, Timbalan Pengarah Strategi KEADILAN itu mencadangkan agar Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melakukan kajian terutamanya bahagian bekalan (supply side), iaitu bekalan benih sayur-sayuran.


"Dalam hal ini Jabatan Pertanian boleh cuba mengawal penjualan bekalan benih sayur-sayuran supaya tidak berlaku penanaman berleluasa.


"Contohnya, Jika permintaan pasaran kobis adalah 1 juta biji sebulan, maka penjualan benih harus dihadkan kuota jualan lebih kurang 1.1 juta benih sebulan. Jika benih dihadkan dengan kuota, maka penanaman berlebihan boleh dielakkan.


"Untuk melaksanakan Kuota Jualan Benih, Jabatan Pertanian harus mendaftarkan semua peniaga yang menjual benih di semua lokaliti. Jabatan Pertanian, kemudian memberi kuota jualan benih setiap bulan berdasarkan maklumat pasaran. Kuota harus ditetapkan oleh jawatankuasa yang terdiri daripada pelbagai pemegang taruh," katanya dalam satu kenyataan.


Tze Tzin ketika melawat syarikat R&D benih Green World Genetics

Bagi Ahli Parlimen Bayan Baru itu maklumat pasaran amatlah penting seharusnya boleh didapatkan daripada semua pemegang taruh.


Termasuklah pihak petani, pemborong, jaringan pengusaha import-eksport, FAMA, MAQIS, Statistics Malaysia dan merentasi kementerian.


Maklumat yang tepat, katanya, akan memastikan kestabilan dan tidak berlaku kekurangan dalam pasaran.


"Dengan pendekatan ini bahagian bekalan sayur-sayuran akan sentiasa stabil mengikut maklumat pasaran yang dikaji oleh Kementerian Pertanian. Pendekatan ini telah dilaksanakan di negara maju seperti Belanda dan Eropah.


"Petani di negara maju juga pernah mengalami lambakan dan kerugian. Maka, akhirnya, petani dan kerajaan bekerjasama untuk sama-sama mencari penyelesaian bagi menyelamatkan petani," katanya lagi.


Selain itu, Tze Tzin turut menyeru agar Kerajaan mengkaji pengimportan sayur-sayuran yang berleluasa tanpa kawalan oleh syarikat pengimport Malaysia.


Pengimportan yang terlalu tinggi, katanya, menyebabkan lebihan bekalan dalam pasaran dan menambah buruk lambakan sayur-sayuran.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page