top of page

Perjelasan inisiatif kerajaan perlu diperluas, optimakan media sosial – AMK

  • Writer: Hasbul Ahmad
    Hasbul Ahmad
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Anggota KEADILAN perlu memperkukuh pendekatan komunikasi, khususnya melalui media sosial, bagi memastikan setiap dasar dan inisiatif kerajaan dapat difahami dengan jelas oleh rakyat.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Muhamad Kamil Munim (gambar), berkata cabaran utama ketika ini bukan sekadar terletak pada dasar yang diperkenalkan, sebaliknya bagaimana ia disampaikan kepada masyarakat.


"Kadang-kadang dasar dan inisiatif itu baik, tetapi kelemahan kita adalah dari sudut bagaimana kita dapat memberi perjelasan yang lebih baik kepada rakyat untuk mereka faham," katanya pada Konvensyen KEADILAN Johor 2026, Ahad lalu.


Beliau berkata, dalam era digital masa kini, media sosial menjadi medan utama pembentukan persepsi, namun ia juga dipenuhi pelbagai naratif termasuk kritikan yang boleh menjejaskan kefahaman rakyat.


"Kita tahu di media sosial ada pelbagai kumpulan, ada yang kerjanya memang menyerang dan menimbulkan persepsi negatif. Ini sedikit sebanyak memberi cabaran kepada kita," katanya.


Sehubungan itu, Kamil menegaskan bahawa KEADILAN perlu bekerja lebih keras untuk memperkukuh sokongan rakyat, terutama dalam kalangan anak muda, dengan menggunakan pendekatan komunikasi yang lebih strategik dan berkesan.


Beliau turut mencadangkan agar penglibatan tokoh masyarakat serta individu berpengaruh dipertingkatkan bagi membantu menyampaikan maklumat yang tepat kepada pelbagai lapisan masyarakat.


Katanya, pendekatan yang lebih inklusif penting kerana usaha memberi kefahaman tidak boleh tertumpu kepada satu kelompok sahaja, sebaliknya perlu merangkumi semua segmen masyarakat.


"Kalau kita mahu rakyat benar-benar faham, kita tidak boleh hanya fokus kepada satu kelompok.


"Kita perlu libatkan semua pihak dalam menyampaikan mesej yang tepat," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page