top of page

Perjanjian air Perak - P Pinang dijangka dimeterai minggu depan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 18 hours ago
  • 1 min read

Perjanjian perbekalan air Perak ke Pulau Pinang dijangka dimeterai penghujung minggu depan, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow (gambar).


Menurutnya, rundingan dan perbincangan mengenai projek itu telah memasuki fasa akhir dan pemuktamadan beberapa perkara teknikal sedang diperhalusi oleh pakar dan pegawai daripada kedua-dua pihak.


"Secara tentatifnya, kita telah menetapkan minggu depan untuk kedua-dua pihak menandatangani perjanjian tersebut.


"Pelbagai aspek teknikal masih diperhalusi oleh pakar dan pegawai kedua-dua pihak bagi memastikan setiap terma dalam perjanjian dipersetujui bersama," katanya dipetik dalam sidang akhbar sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-26, PBA Holdings Bhd di George Town pada Selasa.


Kon Yeow sementara itu berkata, perjanjian dijangka turut mengandungi beberapa syarat terdahulu yang perlu dipenuhi sebelum ia dapat dikuatkuasakan sepenuhnya.


"Apabila meneliti sesuatu perjanjian, terdapat banyak bahasa teknikal dan perkara yang perlu diperhalusi oleh pakar sebelum dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Jadi, semua perkara termasuk aspek harga telah dibincangkan, namun, penelitian lanjut masih diperlukan sebelum perjanjian itu ditandatangani," tambahnya.


Projek Air Perak-Pulau Pinang merupakan inisiatif strategik berskala mega melibatkan pemindahan 1,500 juta liter sehari (MLD) air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah.


Selain memenuhi kegunaan domestik, projek tersebut turut bermatlamat untuk menyokong keperluan domestik serta perindustrian di Pulau Pinang.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page