top of page

Perangi jenayah pedofilia tanggungjawab bersama - Farahida Fauzi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 14
  • 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman


Wanita KEADILAN menyeru seluruh masyarakat agar bangkit bersama-sama memerangi jenayah pedofilia yang semakin membimbangkan.


Pengerusi Biro Pemantapan Agama Wanita KEADILAN Pusat (BIPPA), Farahida Fauzi menegaskan bahawa perlindungan terhadap kanak-kanak adalah amanah agama dan tanggungjawab kolektif semua pihak.


"Pedofilia bukan hanya isu jenayah atau undang-undang semata-mata, tetapi berkait rapat dengan akidah, moral dan nilai kemanusiaan.


"Ia adalah jenayah jijik yang meragut maruah dan masa depan anak-anak. bukan sekadar pelanggaran undang-undang, tetapi satu pengkhianatan terhadap amanah Allah," tegas beliau dalam satu kenyataan.


Menerusi kenyataan tersebut beliau mengingatkan bahawa ajaran Islam telah mengangkat peranan akidah dalam pembangunan jiwa kanak-kanak sejak dari awal kelahiran.


"Rasulullah SAW menekankan keutamaan memelihara aqidah anak-anak Muslim.


"Al-Imam Ibn al-Qayyim menggambarkan bahawa seawal kelahiran anak kecil itu lagi kita telah dianjurkan untuk membisikkan azan di telinga bayi yang baru lahir – simbolik pentingnya penerapan nilai tauhid dari awal," jelasnya.


Terdahulu pada Khamis, Wanita KEADILAN mengeluarkan kenyataan mengecam kewujudan satu halaman media sosial yang dipercayai terlibat dalam kegiatan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.


Mereka menegaskan bahawa kanak-kanak mesti dilindungi sepenuhnya daripada pengantunan dan gangguan seksual yang semakin berleluasa.


Sehubungan itu Farahida dalam kenyataannya menyeru agar kerajaan memperkukuh undang-undang berkaitan jenayah pedofilia, menyegerakan sebarang proses siasatan dan pendakwaan serta memperluas pendidikan seksual berteraskan agama dan nilai murni.


Dalam pada masa sama menggesa masyarakat umum tidak berdiam diri dan melaporkan sebarang tingkah laku mencurigakan yang boleh mengancam keselamatan kanak-kanak.

"Ibu bapa perlu menjadi pelindung utama kepada anak-anak dengan mendidik mereka mengenali sempadan tubuh serta memupuk nilai agama sejak kecil.


"Guru dan warga sekolah pula harus peka terhadap tanda-tanda penderaan dan memastikan sekolah menjadi zon selamat untuk pelajar," katanya menerusi kenyataan.

תגובות


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page