top of page

Peralat wanita selesaikan masalah sosial dikecam Srikandi KEADILAN



Srikandi KEADILAN mengecam pendapat seorang selebriti terkenal yang mengesyorkan agar pusat pelacuran dibenarkan buat warga asing bagi mengelak jenayah seksual dilakukan oleh mereka.


Bagi Setiausaha Srikandi KEADILAN Pusat, Nurhanani Dhamirah, kenyataan seperti itu tidak sesuai sama sekali dengan naratif Kerajaan Madani dalam membina ketamadunan dan bertentangan dengan agama Islam serta merendahkan martabat wanita.


"Kami menjunjung nilai Malaysia Madani yang menekan tinggi nilai ketamadunan manusiawi dan mengangkat martabat wanita sejajar dengan nilai Islam.


"Kenyataan tersebut seolah olah meletakkan wanita sebagai `alat` dalam menyelesaikan masalah sosial sekaligus membuka mata kita bahawa masih wujud segelintir masyarakat yang menganggap wanita ini hanya berfungsi sebagai alat pelampias nafsu semata-mata," katanya dalam kenyataan.


Nurhanani menyifatkan kenyataan selebriti tersebut mundur ke belakang dalam suasana kerajaan berusaha keras untuk meningkatkan martabat wanita melalui pendidikan dan kerjaya.


"Pemikiran seperti ini adalah pemikiran kolot yang bersifat terkebelakang. Srikandi Keadilan menyokong penuh usaha usaha Kerajaan Madani dalam memartabatkan serta mengangkat nilai wanita.


"Seperti kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tempoh hari, kami percaya dengan usaha giat yang sedang dilakukan oleh pihak berkenaan dalam mengarusperdanakan gender melalui pelbagai program memperkasakan wanita.


"Malaysia sedang menuju ke arah sebuah negara maju, maka sewajarnya pemikiran masyarakat juga harus selari dengan kemajuan tersebut.


"Cadangan, kenyataan mahupun gurauan yang menyentuh sensitiviti terhadap wanita tidak boleh dinormalisasikan. Terutamanya apabila perkara tersebut jelas bercanggah dari pelbagai aspek termasuk undang undang, prinsip, budaya dan agama," katanya.


Beliau berharap kejadian seperti itu tidak lagi berulang dan membuka mata masyarakat agar lebih sensitif dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mendatangkan kegusaran awam.


Kelmarin, selebriti terkenal Datuk Rosyam Nor menerusi podcast atau audio siar, Hitam Putih Kehidupan yang dimuat naik ke TikTok Suhan Channel menyatakan pusat pelacuran perlu ada untuk ‘kemudahan’ warga asing lelaki yang kebanyakannya meninggalkan isteri di negara mereka.


Katanya, ketiadaan pusat seumpama itu boleh membawa kepada risiko jenayah seperti kes rogol dan sebagainya.


Bagaimanapun semalam, Rosyam meminta maaf di atas kenyataan itu dan menyifatkannya sebagai pandangan peribadi dalam rancangan perbincangan bersifat santai berkenaan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page