top of page

Pentadbiran PN gagal, lebih 30,000 mati akibat Covid 19 - Rafizi



Perikatan Nasional (PN) yang melancarkan manifesto Pilihan Raya Umum ke 15 semalam barangkali terlupa rekod kelam sewaktu bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mentadbir negara dari Mac 2020 hingga Ogos 2021.


Menurut Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli tempoh pentadbiran Muhyiddin itu lebih diingati kerana kegagalan memerintah berbanding kejayaan, dan rakyat tidak perlu meyakini manifesto daripada PN akan dapat ditunaikan dengan baik.


"Pentadbiran Muhyiddin diingati kerana memecahkan beberapa rekod dalam sejarah negara kita. Ia pentadbiran paling pendek dalam sejarah negara iaitu 18 bulan.


"Juga sebuah Kerajaan Persekutuan yang tidak stabil kerana mengumpulkan kembali musuh-musuh politik yang berpecah belah dari Umno, Bersatu dan Pas tetapi duduk dalam satu kerajaan demi jawatan.


"Sebab itu tempoh pentadbiran 18 bulan PN diingati dalam lipatan sejarah negara sebagai tempoh yang paling sengsara dan paling tidak stabil," kata Rafizi dalam dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN di Petaling Jaya.


Kerajaan PN yang tidak stabil itu juga, kata Pengarah Pilihanraya KEADILAN, menyebabkan berlakunya keputusan untuk mengekalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara secara pra-matang sehingga rakyat terkurung lebih setahun.


"Di bawah pentadbiran Muhyiddin dan PN sebagai Perdana Menteri, rakyat melalui dua tempoh PKP yang panjang dan memusnahkan ekonomi rakyat biasa.


"Tindakan-tindakan itu tidak pula berjaya menguruskan wabak Covid-19 dengan baik apabila mencatatkan 4.92 juta kes dan kematian 36, 482 orang. Ini adalah rekod kematian yang paling tinggi yang berpunca daripada satu wabak yang pernah dicatatkan dalam sejarah negara


"Kegagalan menguruskan wabak Covid-19 juga meninggalkan kesan ekonomi berpanjangan dan memusnahkan kehidupan rakyat terbanyak. Tempoh sengsara itu akan diingati selama-lamanya dengan peristiwa #BenderaPutih dan #KitaJagaKita apabila rakyat terpaksa bantu-membantu dalam serba kekurangan untuk meringankan beban golongan termiskin," katanya.


Tidak cukup itu, tambah Rafizi, pentadbiran Muhyididn menguatkuasakan pula Darurat pada awal 2021 untuk memastikan pentadbirannya kekal di tampuk kuasa. Ia satu rekod penggunaan darurat semasa aman yang terpanjang dalam negara dan menimbulkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah dengan institusi raja-raja.


Mengenai tawaran populis berupa potongan pembayaran balik PTPTN, Rafizi tidak melibat hal tersebut boleh dilaksanakan.


Beliau mempersoalkan tawaran itu kerana sewaktu pemerintahan PH, pemimpin Bersatu diberi tanggungjawab menguruskan PTPTN namun gagal melakukan reformasi yang diperlukan.


"Muhyiddin dan PN lupa sejak 2018, Bersatu dan PN mengawal hala tuju dan pentadbiran PTPTN sepenuhnya melalui pemimpin Wan Saiful Wan Jan. Beliau adalah antara lantikan politik dari Bersatu yang pertama sebagai Pengerusi PTPTN.


"Sepanjang empat tahun tidak ada satu penyelesaian menyeluruh yang dibawa Wan Saiful untuk menangani kemelut pembiayaan pendidikan tinggi negara.


"Logiknya, sebarang tawaran yang hendak dibuat mengenai PTPTN boleh dibuat semasa PN menduduki kerusi Perdana Menteri dan Pengerusi PTPTN. Tetapi ia tidak berlaku.


"Sebab itu, adalah menjadi kebodohan untuk cuba memikat hati rakyat sekali lagi mengenai tawaran PTPTN kerana peluang keemasan itu telah diberikan kepada PN selama empat tahun," katanya.


Rafizi juga berkata, ketika ini PTPTN terpaksa meminjam dari institusi kewangan swasta tanpa berjaya mengutip pinjaman sepenuhnya daripada para pelajar yang meminjam. Ia menyebabkan kedudukan kewangan PTPTN semakin pincang setiap tahun.


Jika sekarang PTPTN tidak mampu mempunyai aliran tunai yang stabil, kata beliau, bagaimana pula ia boleh berbelanja lebih banyak untuk memberi pelepasan pinjaman kepada golongan yang lebih besar.





0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page