Penipuan digital: Kerajaan perhebat kesedaran awam tangani ancaman
- Azuan Ab Rahman

- 18 hours ago
- 1 min read

Kerajaan terus berusaha melindungi rakyat dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai taktik penipuan digital semasa.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, pelbagai inisiatif telah dilaksana pihaknya termasuk menerusi Program Be Smart, Avoid Scam: Scam Awareness For Everyone (SAFE).
"Scammer hari ini semakin licik, dan sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa jika tidak sentiasa berwaspada.
"Semoga lebih ramai mendapat manfaat daripada usaha seperti ini, seterusnya lebih bersedia untuk melindungi diri dan keluarga daripada ancaman scammer," katanya dalam satu hantaran di media sosial.
Terdahulu, beliau menghadiri program SAFE anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Bangsar Park dekat ibu negara.
Program anjuran Bersama Majlis Perwakilan Penduduk Subzon 2 Lembah Pantai di Dewan Persatuan Gujerati itu dihadiri kira-kira 120 peserta yang terdiri daripada warga emas dan penduduk sekitar Bangsar.
Menurut Fahmi, selain meningkatkan kesedaran awam, program berkenaan turut membantu orang ramai melindungi diri di alam siber dan mengurus kewangan dengan lebih selamat.
Dalam masa sama beliau turut mengingatkan orang ramai untuk menghubungi talian 997 dengan segera sekiranya menjadi mangsa penipuan.




Comments