top of page

Peningkatan Bil Elektrik Bukan Salah Smart Meter



Oleh: Mohd Fauzi Fadzil


ULASAN: Pentadbiran Kerajaan Perpaduan menghadapi badai tohmahan yang besar menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) melibatkan enam buah negeri apabila dikaitkan dengan punca kenaikan bil elektrik. Pelbagai tuduhan tidak berasas dilemparkan kepada kepimpinan Kerajaan Perpaduan terutamanya kepada Perdana Menteri ke 10 (PMX) sebagai menyusahkan rakyat dan tidak menunaikan janji.


Federation of Malaysian Consumers Associations (FOMCA) telah menyatakan bahawa kenaikan bil elektrik dalam kalangan 9.5 juta pengguna domestik di Malaysia bukan disebabkan oleh penggunaan Smart Meter yang diperkenalkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB), beberapa isu diperingkat global dan domestik telah menjadi punca kepada isu tersebut.


Namun fakta yang dibentangkan tidak diendahkan oleh Exco Lajnah Isu Rakyat dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Dewan Pemuda PAS Gombak, Mohd Iqman Iberahim dengan menyangkal kenyataan dan fakta yang dipertahankan oleh TNB.


Kenaikan harga bahan bakar


TNB buat masa kini menggunakan fossil fuel dan arang batu sebagai sumber utama untuk menjana elektrik di Malaysia, namun peperangan Ukraine - Rusia dan kejatuhan nilai ringgit diperingkat global telah menyebabkan kos penjanaan elektirk bertambah dalam bentuk Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT).

Mohd Fauzi Fadzil

Kos ICPT walaupun telah diserap sebahagiannya oleh pihak kerajaan melalui pemberian rebat bil elektrik kepada pengguna yang layak tetap tidak dapat menampung sepenuhnya jumlah kenaikan bil elektrik. Akibatnya lebihan kenaikan kos ICPT terpaksa ditanggung oleh pengguna.


Kenaikan bil elektrik dalam kalangan pengguna domestik di Malaysia tidak boleh dikaitkan dengan penggunaan Smart Meter. TNB melalui penegasan Akta Bekalan Elektrik 1990 terpaksa menukar meter baru untuk setiap pengguna domestik di Malaysia dalam tempoh 15 tahun.


Smart Meter digunakan di seluruh dunia


Smart Meter adalah alat pengukur penggunaan elektrik yang paling tepat dan canggih berbanding alat pengukur sebelumnya (Meter Digital dan Meter Analog). Smart Meter telah digunakan secara meluas oleh negara-negara maju terutama di Eropah, justeru penggunaan elektrik akan dapat direkodkan secara lebih tepat. Mustahil wujud kecurangan berbentuk “penindasan dalam senyap” melalui penggunaan Smart Meter kerana tahap efisyen teknologi tersebut yang diperakui oleh negara-negara maju di dunia.


Kenaikan bil elektrik dalam kalangan pengguna domestik di Malaysia juga perlu dikaitkan dengan tingkahlaku pengguna sendiri yang terdorong menggunakan barangan elektrik (seperti alat penghawa dingin dan kipas elektrik) secara kerap kesan daripada fenomena El Nino.


Suhu di Malaysia boleh mencecah sehingga 40°C akibat fenomena El Nino, keadaan ini sudah tentu memaksa penggunaan barangan elektrik untuk menyejukkan badan lebih dari kebiasaan. Rakyat Malaysia juga telah mula dibiasakan dengan budaya bekerja dari ruam (work from home) selepas fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Keadaan ini juga membantu meningkatkan bil elektrik pengguna di kawasan bandar terutamanya.


Secara tuntasnya Kerajaan Perpaduan tidak pernah mengambil sikap tidak bertanggungjawab dengan menaikkan taarif elektrik, malah tarif elektrik di Malaysia masih dikekalkan seperti tahun 2014.


Rebat elektrik turut diberikan bagi membantu meringankan bebanan pengguna di Malaysia, justeru tuduhan tidak berasas bagi memburukkan Kerajaan Perpaduan hanyalah cubaan terdesak sesetengah pihak bagi menghadapi PRN yang bakal menjelang tidak lama lagi.


_________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Selangor

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page