top of page

Pengetahuan teknologi nuklear selamat, wajar dikuasai

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 6 days ago
  • 1 min read

Datuk Mustapha Sakmud menyempurnakan majlis penutup INSO 2025 di Subang, Selangor
Datuk Mustapha Sakmud menyempurnakan majlis penutup INSO 2025 di Subang, Selangor

Malaysia membuktikan komitmennya terhadap penggunaan teknologi nuklear secara selamat dan mampan menerusi kejayaan menganjurkan Olimpiad Sains Nuklear Antarabangsa (INSO) 2025.


Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata, usaha untuk meningkatkan kesedaran pelajar dalam bidang sains nuklear untuk masa depan tenaga bersih merupakan langkah penting.

"INSO adalah platform untuk meraikan penemuan dan perkongsian impian dalam memajukan sains nuklear," katanya dipetik semasa majlis penutup INSO 2025 di Subang pada Selasa.


INSO 2025 dianjurkan oleh Pusat PERMATA@Pintar Negara dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


Ia menghimpunkan bakal saintis muda dari 14 buah negara, dalam usaha memperkasa ilmu pengetahuan serta membina hubungan rentas budaya dalam bidang sains dan teknologi nuklear.


Dalam ucapannya, Mustapha turut menekankan bahawa sains nuklear bukan sahaja berkisar di makmal atau reaktor, tetapi merangkumi pelbagai cabang penting seperti perubatan, pertanian lestari, keselamatan alam sekitar dan tenaga mampan.


Beliau juga menyatakan persediaan Malaysia untuk beralih kepada tenaga boleh diperbaharui dan nuklear dalam RMK13.


"Kami merancang pembangunan loji nuklear dalam tempoh 10 tahun bagi mencapai pelepasan karbon sifar menjelang 2050," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page