top of page

Pengapungan harga: Ayam tidak naik, harga stabil



Tidak sebagaimana digembar gemburkan di media sosial kononnya pengapungan harga ayam bulat yang dilakukan Kerajaan Perpaduan mulai hari ini akan menyaksikan bahan protein utama makanan rakyat Malaysia itu akan melambung harganya selepas diapungkan pada 1 November 2023.


Pagi ini, beberapa pihak yang melakukan tinjauan di aplikasi harga, Price Catcher yang dibangunkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN) serta tinjauan di pasar mendapati harga ayam tidak mengalami sebarang kenaikan.


Malah di beberapa pasar di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur harga tidak melebihi siling yang ditetapkan sejak Februari 2022 iaitu RM9.40 sekilogram.


Misalnya di pasar raya Lotus's Cheras dan Selayang ayam buat dijual pada harga RM7.39.


Manakala di Alor Setar harga ayam sekitar RM7.50 - RM8.50 per kg.


Di Sabah pula yang harga barang mentah lebih mahal daripada Semenanjung, di pasar raya Gmart Tuaran ayam bulat berharga RM11.89 sekilo dan di Bataras Hypermarket Grand Merdeka RM11.99 sekilo, kekal sebagaimana harga beberapa hari sebelumnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page