top of page

Pendirian MOF membimbangkan, wang KWSP bukan penyelesaian


Ahli Parlimen Subang, Wong Chen meluahkan kebimbangan terhadap pendirian Kementerian Kewangan yang menyokong pengeluaran wang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).


Beliau berpendapat bahawa kerajaan seharusnya memperuntukkan dana khas untuk membantu golongan memerlukan, bukannya memaksa rakyat menggunakan wang simpanan yang sepatutnya digunakan selepas bersara.


"Saya bimbang dengan pemikiran Kementerian Kewangan. Khususnya, sokongan mereka untuk pengeluaran simpanan KWSP yang besar, yang akan membawa kebahagiaan jangka pendek tetapi kesakitan jangka panjang.


"Kebenaran pengeluaran KWSP perlu lebih ketat dan bersasar, khusus untuk yang kehilangan pekerjaan. Kerajaan yang kononnya membantu rakyat dengan menolong diri mereka sendiri dengan menggunakan pencen mereka adalah berfikiran singkat, populis dan tidak bertanggungjawab," katanya.


Pada masa sama, Wong Chen juga bimbang dasar KWSP yang tidak bertanggungjawab ini menimbulkan persoalan besar mengenai pengurusan fiskal Kementerian Kewangan.


"Mengapa tidak ada wang untuk golongan yang memerlukan, sebaliknya digalakkan untuk menggunakan simpanan KWSP mereka? Adakah kerajaan menggunakan dana untuk projek pembangunan mega (seperti yang termaktub dalam perbelanjaan pembangunan yang bernilai RM72 bilion yang pernah diumumkan dalam Belanjawan 2021)?


"Adakah kita akan melihat kembalinya budaya projek mega kapitalisme kroni dan bagaimana ini dihubungkan dengan darurat yang menghadkan rasa tanggungjawab kerajaan?


"Saya berharap Parlimen akan bersidang tidak lama lagi, agar kita dapat memperoleh penjelasan mengenai isu-isu ekonomi dan nasional ini," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page