top of page

Pendaftaran vaksinasi Covid 19 lemah, kepakaran penyelidik tempatan tidak dimanfaatkan - Anwar



Kelemahan program pendaftaran vaksinasi Covid 19 agak serius berikutan 1.4 juta warga yang mendaftar melalui aplikasi MySejahtera dilaporkan sebagai 'tidak lengkap' dan mungkin menimbulkan kesukaran mencapai angka 80% imunisasi kelompok (herd immunity) dalam tempoh setahun.


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar kelemahan itu diperbaiki segera bagi menggalakkan semua rakyat Malaysia mengambil vaksin.


"Menteri bertanggungjawab iaitu Khairy Jamaluddin menyatakan terdapat 1.4 juta warga yang mendaftar melalui aplikasi MySejahtera tidak mendaftarnya dengan lengkap.


"Kita juga membaca laporan atau celoteh warga di ruang maya terdapat segelintir yang terpaksa mendaftar berkali-kali sebelum proses pendaftaran mereka itu disahkan di dalam sistem. Justeru, apa langkah kerajaan dalam menyelesaikan masalah ini?


"Selain itu, apa yang telah dilakukan kerajaan dalam meyakinkan gerombolan anti-vaksin (agar mengambil vaksin) memandangkan ianya tidak wajib?


"Sudahkah kerajaan mengenalpasti atau memikirkan bagaimana untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang vaksin dan juga isu keselamatan vaksin, memandangkan terdapat kumpulan yang mempunyai kegusaran terhadap vaksin," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Di samping itu, Pengerusi Pakatan Harapan itu juga mempersoalkan mengenai ketelusan dalam pemerolehan vaksin yang sehingga kini masih tidak dijelaskan.


Katanya, parameter yang digunapakai bagi pembelian vaksin perlu diberitahu kepada rakyat kerana jenama vaksin yang berlainan mempunyai keberkesanan berbeza dalam melawan virus Covid 19


"Setakat ini, kerajaan belum menjawab tentang masalah ketelusan dalam mendapatkan vaksin. Sejumlah RM3 bilion wang negara telah dibelanjakan bagi mendapatkan pelbagai jenis vaksin. Apa parameter yang digunapakai dalam membuat keputusan bagi mendapatkan pelbagai jenis vaksin ini?


"Misalnya, berapakah jumlah komisen yang dibayar pada Pharmaniaga bagi mendapatkan vaksin Sinovac? Selain itu, terdapat beberapa laporan yang menyatakan tentang keberkesanan vaksin buatan Rusia iaitu Sputnik V yang jauh lebih murah. Namun, ia tidak diberi perhatian oleh kerajaan.


"Terdapat juga laporan yang menyatakan bahawa kerajaan India menawarkan untuk memberi vaksin secara percuma kepada beberapa negara. Adakah Malaysia ditawarkan vaksin percuma tersebut?" tanyanya.


Anwar turut mempersoalkan mengenai perkongsian teknologi yang dijanjikan oleh kerajaan akan berlaku di antara pengeuar vaksin dan negara pembeli.


Beliau juga tertanya-tanya mengapakah pakar dan penyelidik tempatan tidak dilibatkan dalam pembangunan teknologi vaksin sedangkan Malaysia mempunyai pengalaman membuat vaksin menentang virus maut Nipah pada 1990an lalu.


"Kerajaan pernah menyatakan pengeluar-pengeluar vaksin perlu berkongsi pengetahuan terkait pembuatan vaksin, sekiranya pengeluar-pengeluar vaksin ini mahu bekerjasama dengan Malaysia. Penting untuk rakyat dan negara tahu berapa cepatkah fasiliti pengeluaran vaksin ini akan dibangunkan?


"Mengapakah universiti-universiti tempatan serta badan-badan penyelidikan tidak berada di barisan depan dalam mengkaji serta membangunkan vaksin?


"Kita punyai pengalaman dalam membangun penawar bagi virus Nipah sebelum ini, dan ia membuktikan kita punyai keupayaan bagi mengkaji, menyelidik dan membangunkan vaksin," katanya lagi.


Biar pun dilingkari pelbagai kelemahan, Presiden KEADILAN itu pada prinsipnya menyokong penuh Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 dan menggesa rakyat Malaysia untuk mendaftarkan diri dalam program vaksinasi, agar majoriti rakyat imun terhadap virus Covid dan ekonomi serta sektor sosial boleh dibuka kembali seperti biasa pada tahun hadapan.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page