top of page

Pemisahan kuasa Peguam Negara - Pendakwaraya baik untuk dilakukan



Reformasi sistem undang undang yang mencadangkan dipisahkan kuasa Peguam Negara dan Pendakwaraya dianggap satu langkah ke hadapan untuk memperbaiki persepsi rakyat terhadap sistem perundangan secara keseluruhan.


Bagi Peguam Kanan Datuk Seri Dr Jahaberdeen Mohamed Yunoos, secara teori pemisahan dua pejabat tersebut akan memberi pendangan lebih baik masyarakat awam terhadap institusi perundangan dan kerajaan yang pernah dikaitkan dalam kes tertentu campurtangan dalam pendakwaan.


"Timbul beberapa debat dan perbincangan yang berkaitan, adakah Peguam Negara itu boleh dipengaruhi oleh pihak eksekutif. Jadi timbul persoalan di antara Pendakwaan dan Peguam Negara.


"Dalam konteks tersebut, ia kerangka pemisahan kuasa, eksekutif, legislatif dan kehakiman. Jadi kalau kita lihat legislatif dan eksekutif, pemisahannya tidak begitu jelas.


"Sebab Peguam Negara di samping beliau menjadi pendakwaraya, beliau juga menjadi penasihat kepada kerajaan, juga penasihat kepada Agong. Jadi timbul persepsi beliau juga boleh mempengaruhi perjalanan pendakwaan.


"Di sini kita lihat reformasi yang dipohon supaya pemisahan Pendakwaan dan Peguam Negara sebagai penasihat kerajaan, supaya tidak timbul persepsi kerajaan campurtangan dalam pendakwaan terutama (kes) yang berkaitan politik


"Di negara ini selama 40 tahun, ada tuduhan yang mengatakan campurtangan dalam pendakwaan tetapi sekian lama tidak dibincang, (elok) ambil langkah untuk selesai perkara tersebut," katanya walaupun beliau sebagai pengamal undang undang mengakui tidak melihat sendiri wujud perkara tersebut berlaku.


Mengulas pertanyaan apakah kebocoran dokumen yang mendakwa saranan pegawai pendakwaan bahawa tiada kes yang kuat terhadap 2 tokoh politik utama UMNO yang sedang menghadapi perbicaraan tetapi pendakwaan dilakukan juga, Dr Jahaberdeen berkata terdapat dua isu yang perlu dibereskan berhubung hal tersebut.


"Dalam kes spesifik ini ada dua isu timbul. Pertama pembocor itu sendiri. Bagaimana pembocoran boleh berlaku kerana kemungkinan besar dokumen itu di bawah OSA


"(Kedua) jika merujuk dokumen pembocoran baru baru ini, kita tak tahu benar atau tidak dokumen itu, tetapi untuk perbincangan, pertama Peguam Negara Tan Sri Idrus telah buat satu kenyataan. Saya kecewa sedikit dengan kenyataan beliau yang cuma sentuh bahagian pembocoran. Beliau seharusnya pergi lanjut dan mengatakan isi kandungan itu juga kami akan siasat.


"(Isunya) bagaimana boleh bocor dan kedua benar atau tidak isi kandungan yang dibocorkan itu.


"Kalau lihat isi kandungan yang menunjukkan bahawa ia memberi komen tertentu kepada satu kes yang diadu ke mahkamah. Dokumen itu yang setakat mana kita baca ia merupakan satu dokumen yang disiasat secara mendalam oleh pegawai pendakwaraya dan hasil dari siasatan tersebut mereka telah buat keputusan dan kalau tidak silap keputusan ialah tidak mendakwa, tidak mempunyai kes yang bagus.


"Kalau itu betul (tidak mendakwa). Kedua, kalau rumusan itu (tidak mendakwa) betul. Ketiga, tiada (atau wujud) dokumen lain yang menyanggah dokumen tersebut," katanya dalam forum bertajuk "Kedaulatan Undang undang yang Tergugat," malam tadi.


Manakala komen masyarakat awam bahawa pendakwaan boleh diputuskan oleh Peguam Negara secara bersendirian kerana beliau mempunyai kuasa tertentu dan tidak perlu mengikuti nasihat pegawai lebih rendah, tidak disetujui oleh Dr Jahaberdeen.


"Ramai mengatakan tidak mengapa kerana Peguam Negara ada kuasa budi bicara. Saya tidak setuju, budi bicara tidak bermakna budi bicara mutlak, perlu dalam ruang undnag undang, dan tidak boleh melanggar undang undang," katanya lagi.


Dr Jahaberdeen dalam pada menyeru agar imej Peguam Negara dan institusi kehakiman dimantap serta diperhebatkan. Katanya, sudah terlalu lama sistem itu dikecam oleh rakyat dan hal itu perlu diperelokkan oleh kerajaan bagi mengembalikan keyakinan rakyat, peniaga dan pelabur asing.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page