top of page

Pemimpin parti dalam kerajaan mesti pertahan PM



Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Apabila parti-parti yang berbeza sudah setuju untuk bersama-sama membentuk sebuah kerajaan, syarat utama yang harus difahami ialah mereka mesti memberi keutamaan kepada mempertahankan kerajaan tersebut.


Apabila mempertahankan kerajaan, ia sama pentingnya dengan mempertahankan Perdana Menteri (PM).


Tiada Perdana Menteri, bermakna tiada kerajaan dan tiada kerajaan dapat ditubuhkan tanpa melantik PM terlebih dahulu.


Hanya setelah PM dilantik, baharulah sah penubuhan kerajaan. Seterusnya diikuti dengan pelantikan Menteri-menteri Kabinet dan sebagainya.


Lebih daripada itu, apabila Perdana Menteri jatuh, bermakna kerajaan juga turut jatuh.

Dengan itu, kedudukan PM adalah penting dalam konteks wujudnya sesebuah kerajaan.


Sebab itu apabila bersama dalam sebuah kerajaan, kepentingan mempertahankan Perdana Menteri itu wajib menjadi keutamaan.


Dalam hal ini, peringatan yang diberikan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abd Halim kepada Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh berikutan kritikannya terhadap PM Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu Najib Razak yang memfailkan semakan kehakiman berhubung titah tahanan rumah adalah sangat tepat.


Adam mengingatkan Dr Akmal, selain Anwar yang disinggungnya itu adalah Presiden KEADILAN, parti yang menerajui kerajaan sekarang ini, Pengerusi PH itu juga adalah Perdana Menteri kita - maksudnya PM kepada semua parti yang berada dalam kerajaan.


"Saudara Dr Akmal Saleh mungkin boleh bertenang dan pandang kiri kanan sikit dalam mengeluarkan kenyataan sama ada peribadi mahupun rasmi.


"Yang disinggung oleh saudara itu presiden kami, Perdana Menteri kita semua. Mungkin saudara bukan “walanon” tetapi saudara tetap salah seorang ketua pemuda dalam gabungan parti pemerintah hari ini," kata Adam dalam hantaran di media sosialnya.


Kritik melalui saluran betul


Bukan tidak boleh menegur atau memberi pandangan tetapi bila sudah bersama dalam kerajaan, ia seharusnya melalui saluran yang betul.


Tidak boleh sesuka hati dan sesedap rasa sahaja mahu mengkritik Perdana Menteri di media sosial.


Jika ingin kerajaan ini kekal lebih lama mentadbir negara, pemimpin parti yang membentuk kerajaan haruslah sedar peranan dan tangungjawab mereka.


Ia adalah tanggungjawab bersama. Hindarilah daripada berlaku lagi selepas ini jika kita masih sayangkan Kerajaan Madani ini.


Move on wahai pemimpin hebat, laksanakan tugas dengan amanah.


Pertahankan Kerajaan Perpaduan dan pertahankan PMX yang sedang bekerja keras menjaga rakyat dan negara.

__________________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page