top of page

Pembangkang tukar 'kebodohan' jadi komoditi menguntungkan



Kebodohan tidak pernah menjadi sesuatu yang menguntungkan dalam sejarah Malaysia sehinggalah muncul pembangkang era 2022 yang memperbodohkan sebilangan rakyat, dan kemudian menjual 'content bodoh' untuk meneruskan pembodohan massa.


Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yop, pembangkang menjadikan kandungan (content) bodoh di media sosial sebagai bahan komoditi menguntungkan serta mendapat pulangan kewangan lumayan daripada syarikat media sosial ke atas kira kira 4 juta penyokong yang mengundi mereka dalam Pilihan Raya Umum ke 15 lalu.


"Melihat kepada kecenderungan warga maya sekarang yang menyukai kandungan disebarkan oleh laskar siber yang bersifat pembohongan dan juga fitnah, kita melihat bahawa kebodohan dan kepandiran masyarakat telah dimanipulasi untuk mendapat keuntungan bagi pihak berkepentingan.


"Laskar (tentera upahan) siber terutama daripada pihak pembangkang begitu galak membuat siaran langsung di media sosial membangkitkan cerita fitnah dan bohong. Namun yang menghairankan, ramai pula penonton dan yang melanggan saluran sampah itu di media sosial.


"Semua maklum pihak penyedia saluran media sosial seperti Youtube, Tiktok dan lain-lain akan memberi insentif kepada pemilik akaun jika kandungan tular dan ditonton ramai orang.


"Bagaimanapun melihat kepada kandungan fitnah dan bohong yang tular, kebodohan masyarakat sesungguhnya telah dimanipulasi untuk menjana keuntungan," katanya dalam satu kenyataan.


Tegas beliau, hal yang amat mengecewakan apabila kandungan bohong itu ditelan bulat bulat oleh pencandu propaganda pembangkang.


Lebih membimbangkan, katanya, evaluasi saluran laskar siber itu sentiasa meningkat kerana kelaparan luar biasa masyarakat, terutamanya orang Melayu luar bandar terhadap kandungan fitnah serta bohong


"Persoalan yang timbul, sampai bila masyarakat kita akan bertoleransi dengan budaya seperti ini? Tindakan menjadikan kebodohan sebagai sumber pendapatan akan menjatuhkan nilai-nilai murni dan menghancurkan sistem masyarakat itu sendiri


"Mengikut bahasa perniagaan, jika tiada permintaan maka tiadalah bekalan. Jadi untuk memutuskan rangkaian permintaan terhadap kebodohan yang menjadi komoditi yang bernilai ini, tidak lain kita mesti menghapuskan kebodohan di dalam masyarakat itu sendiri.


"Masyarakat yang tidak melihat kebodohan sebagai satu virus merbahaya pasti akan runtuh suatu hari nanti," katanya lagi.


Sehubungan itu, Ahmad Nadhir menyarankan agar Kerajaan segera mengambil tindakan untuk mendidik rakyat supaya tidak toleran kepada virus pembodohan tersebut.


Katanya, berdasarkan budaya terkini, sekali pembodohan diterima sebagai normal maka virus tersebut terus menular dalam masyarakat.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page