top of page

Pasca pengkhianatan, KEADILAN Selangor semakin kukuh



Pengkhianatan Langkah Sheraton yang melibatkan beberapa pemimpin utama KEADILAN dari Selangor telah hampir setahun berlaku.


Dalam tempoh itu KEADILAN Selangor yang diramal akan bergolak hebat kerana beberapa pemimpin dari negeri itu telah tersingkir, sebaliknya kini lebih mantap tanpa kelibat anasir-anasir yang pernah menimbulkan adu domba serta permusuhan di dalam parti.


Bagi Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, pengkhianatan Langkah Sheraton itu sesungguhnya telah membersihkan parti dari unsur-unsur sabotaj dalaman. Parti yang meneruskan perjuangan hari ini, katanya hanya ada satu ketua, bukan lagi dua nakhoda seperti sebelumnya.


"Apa yang berlaku dan apakah kesan khususnya? Pengkhianatan berlaku dalam KEADILAN dan melibatkan 11 orang (pemimpin utama). Saya nak beritahu, keadaan sekarang telah lebih baik, parti disuburkan dengan perjuangan keikhlasan dan dibaja dengan komitmen reform yang mahu melihat negara ini diselamatkan.


"Apa yang saya lihat Langkah Sheraton ini telah mengasingkan mereka yang jijik, yang tidak ada pedoman, yang tidak memikirkan rakyat, hanya bertopengkan kepimpinan kononnya mereka adalah pemimpin bersih, efisien. Tetapi merekalah sebenarnya orang yang paling jijik, iaitu mengkhianati amanah rakyat," katanya.


Menurut Abdullah lagi, pasca pengkhianatan menyaksikan kemampuan KEADILAN menghadapi Pilihan Raya Umum lebih baik berbanding dahulu, terutama dalam soal memilih calon-calon yang sesuai dan berkelayakan tanpa berpaksikan kepada indvidu tertentu. Rakyat pula, katanya dijangka akan memberi sokongan padu kepada KEADILAN berdasarkan rekod baik pentadbiran sebelum ini.


"Seperti mana yang kita tahu Selangor memang base yang kuat. Kita beri produk-produk (skim bantuan) kepada rakyat, yang sudah berlalu selama 12 tahun," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page