top of page

Pasca pemecatan Tajuddin, semua lantikan pengerusi GLC perlu dinilai semula - Bersih 2.0


Pemecatan Tajuddin Abdul Rahman daripada jawatan Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) disambut baik oleh NGO Bersih 2.0.


Menurut kenyataan Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, pemecatan itu dianggap sebagai kemenangan rakyat yang mahukan reformasi institusi dalam proses pelantikan jawatan pengerusi dan ahli lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk memastikan calon yang benar-benar berintegriti dan layak dilantik.


Kata mereka, desakan perlu diteruskan agar pelantikan jawatan GLC berdasarkan hanya kepada meritokrasi dan integriti calon, serta amalan melantik Ahli Parlimen (MP) atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk memegang jawatan dalam GLC dihentikan sama sekali.


"Menteri Kewangan perlu melantik Pengerusi Prasarana yang baharu berdasarkan panduan yang sememangnya digariskan oleh pihak Kementerian sendiri sejak dari tahun 2014 lagi.


"Antaranya dengan menyediakan jawatankuasa penamaan calon yang bebas untuk menerima cadangan-cadangan calon dan menyenarai-pendekkan calon untuk pertimbangan lembaga pengarah Prasarana dan disahihkan oleh Menteri Kewangan


"Individu yang dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah (ALP) harus mempunyai kelayakan pendidikan dan profesional dan berpengalaman dalam perniagaan, kewangan, undang-undang, perakaunan, pengurusan serta kemahiran yang berkaitan syarikat tersebut.


"Garis panduan ini nampaknya tidak dipatuhi oleh Senator Tengku Zafrul di dalam pelantikan Datuk Seri Tajuddin sebelum ini. Namun demikian, Tengku Zafrul masih berpeluang memperbaiki keadaan dengan melantik pengerusi yang berkelayakan, pakar dan berpengalaman dalam Prasarana.


"Tengku Zafrul tidak wajar mengulangi kesilapan beliau sebelum ini melantik ahli politik mengepalai GLC di bawah kelolaan beliau," kata mereka dalam satu kenyataan.


Selain itu, Bersih 2.0 juga menggesa Kerajaan PN untuk meneliti semula semua kedudukan Ahli-ahli Parlimen yang dilantik mengepalai GLC, GLIC dan badan berkanun yang komersial.


Amalan tersebut perlu dihentikan dengan segera, misalnya seperti yang termaktub dalam Polisi dan Prosedur Pencalonan dan Pemilihan Lembaga Pengarah FGV Holdings Berhad, anak syarikat kepada FELDA yang melarang mana-mana ahli politik yang aktif dilantik sebagai ahli lembaga pengarah.


Tegas mereka, Ahli Parlimen yang menjawat sebagai pengarah atau pengerusi perlu diganti serta merta dengan calon yang berkelayakan melalui proses yang telus, adil dan berakauntabiliti daripada terus membazirkan sumber negara membayar gaji mereka.


"Bersih 2.0 sekali lagi menyeru kerajaan untuk menggubal satu Akta GLC bagi mereformasikan proses pelantikan pengarah atau pengerusi syarikat berkaitan kerajaan dan badan-badan berkanun.


"Penamaan calon-calon untuk jawatan GLC dan badan-badan berkanun juga disemak-selia oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk memastikan semua garis panduan, kriteria serta syarat proses pelantikan dipenuhi dan calon yang benar-benar layak sahaja dilantik," kata mereka lagi.


0 comments

תגובות


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page