top of page

Pas My50 kini boleh diaktifkan secara digital

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 27
  • 1 min read

Anthony Loke (dua dari kiri) mengumumkan pas My50 boleh diaktifkan melalui aplikasi Touch ’n Go eWallet
Anthony Loke (dua dari kiri) mengumumkan pas My50 boleh diaktifkan melalui aplikasi Touch ’n Go eWallet

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan Perpaduan terus komited mempermudah urusan rakyat melalui transformasi digital termasuk dalam sistem perkhidmatan pengangkutan.


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan, bermula 1 Julai pas perjalanan tanpa had (My50) bagi pengguna pengangkutan awam boleh diaktifkan secara digital melalui aplikasi Touch ’n Go (TNG) eWallet.


Langkah itu jelasnya merupakan satu lagi inisiatif berterusan kerajaan dalam memperluas penggunaan sistem tanpa tunai sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada urusan fizikal di kaunter.


"Sekarang, kita ke fasa lebih digital yang semakin berkembang dan mengadaptasi teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam sistem pembayaran agar pengguna mendapat manfaat yang lebih besar


"Prasana mengeluarkan kos sebanyak RM2.7 juta untuk projek ini bagi memudahkan pengguna," katanya dalam kenyataan.


Untuk mengaktifkan pas My50 secara digital, pengguna perlu memautkan kad TNG fizikal mereka kepada aplikasi TNG eWallet, dan perlu mempunyai baki minimum RM5 apabila digunakan untuk sebarang perkhidmatan RapidKL.


Beliau sementara itu menegaskan, kerajaan tetap prihatin terhadap golongan warga emas dan pengguna yang belum mahir dengan teknologi.


Justeru mereka masih boleh memperbaharui pas My50 secara manual menggunakan MyKad dan hadir ke kaunter seperti biasa.


"Saya yakin inisiatif ini akan mengurangkan kesesakan di kaunter dan mempercepatkan proses urusan pengguna.


"Inisiatif pendigitalan My50 merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan bersama-sama dengan Prasarana untuk mempertingkatkan kemudahan pengangkutan awam," jelasnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page