Pandora Papers: Wajibkan Ahli Parlimen isytihar harta, sumber aset



Pandora Papers yang membabitkan 1,500 warganegara dengan nilai harta RM1.8 trilion disimpan di dalam akaun luar persisir memerlukan kerajaan Perikatan Nasional mewajibkan setiap Ahli Parlimen mengisytiharkan harta dan sumber aset.


Menurut Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz, perisytiharan harta perlu kerana tokoh politik yang terlibat juga merupakan sebahagian dari kerajaan memerintah yang mencalarkan imej negara di mata dunia dan menghilangkan keyakinan rakyat.


"Atas sebab itu, ABIM merasakan desakan menerusi usul yang dibuat oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar pendedahan ini dibahaskan di Parlimen adalah tepat memandangkan ia membabitkan ketelusan dan integriti dalam kalangan ahli politik khususnya mereka yang pada masa kini menjawat tugasan penting dalam pentadbiran pada ketika ini.


"Perbahasan menerusi usul khusus mesti didahulukan agar proses semak dan imbang dapat dilaksanakan secara menyeluruh menerusi mekanisme rasmi sidang Parlimen kerana ia membabitkan kebertanggungjawaban terhadap kepentingan rakyat.


"Apatah lagi media antarabangsa, International Consortium of Investigative Journalist (ICIJ), turut melaporkan bahawa Pandora Papers juga mengaitkan firma Baker Mckenzie dengan Jho Low yang terlibat dengan skandal kewangan 1MDB yang memalukan maruah rakyat Malaysia di pentas antarabangsa," katanya.


Oleh itu, katanya, tiba masanya kerajaan mewujudkan Rang Undang-Undang perisytiharan harta ke atas Ahli-ahli Parlimen untuk menjamin ketelusan pemerintahan.


"Atas dasar tersebut, ABIM menggesa perlu ada Rang Undang-Undang mewajibkan setiap pemimpin negara mengistiyharkan nilai wang serta aset yang dimiliki mereka baik yang ada di dalam serta luar negara. Rang Undang-Undang ini juga perlu mewajibkan setiap pemimpin negara berkenaan menjelaskan sumber serta bagaimana aset-aset ini dikumpulkan.


Selain itu, Faisal juga menggesa rakyat agar terus menyuarakan keprihatinan mereka dengan tuntutan agar pendedahan Pandora Papers yang perlu dibahaskan secara terbuka semasa sidang rasmi Parlimen, dan disiasat menerusi mekanisme perundangan rasmi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER