top of page

Pahang perlu Akta Hutan Simpanan Kekal elak mudah dinyahwarta - Fuziah Salleh


Kerajaan Pahang perlu mewujudkan Akta Hutan Simpanan Kekal bagi mengelakkan hutan simpan sedia ada secara mudah dinyahwarta dan dijadikan kawasan perlombongan atau pertanian.


Jurucakap Alam Sekitar KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, amalan yang digunapakai Kerajaan Negeri hari ini memudahkan hutan-hutan berstatus simpanan kehilangan status tersebut dengan proses yang mudah berbanding di negeri-negeri lain yang prosedurnya lebih rumit.


"Hari ini kita dikejutkan berita disiarkan Malaysiakini bahawa kawasan asal 4600 ha yang dirancang untuk diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal (sejak 2019 masih belum menjadi kenyataan untuk diwartakan) telah pun disemak semula (revised) semata-mata memberi laluan kepada aktiviti perlombongan melalui kelulusan permit pajakan yang telah diberikan kepada sebuah syarikat perlombongan.


"Kini kawasan lombong Lot 87978 yang berkeluasan 40.51 ha, lebih kurang 60 padang bola saiz olimpik tersebut telah pun terkeluar dari kawasan yang asal diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal. Kawasan lombong tersebut juga telah dikenalpasti sebagai kawasan sensitif alam sekitar kelas 2, seperti yang dipamerkan dalam laporan EIA ke atas lombong tersebut.


"Pada hemat saya, keadaan ini tidak memeranjatkan sama sekali kerana walaupun sekiranya satu-satu kawasan telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal, ianya tetap boleh dinyahwartakan oleh Kerajaan Negeri dengan mudah. Inikan pula ianya baru dijanjikan sebagai kawasan yang akan diwarta dan belum pun diwartakan," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Ahli Parlimen Kuantan itu lagi, Kerajaan Pahang perlu mencontohi kerajaan Selangor yang mempunyai Akta Hutan Simpanan dan sebarang penyahwarta memerlukan proses yang panjang dan teliti agar tidak mudah disalahgunakan


"Situasi ini timbul kerana tiada enakmen negeri yang digubal oleh kerajaan Pahang untuk memelihara status Hutan Simpan Kekal, dan memastikan proses yang ketat digunapakai apabila mahu nyahwarta.


"Dalam erti kata lain tiada kesungguhan dan komitmen untuk memelihara khazanah alam semula jadi ciptaan Tuhan. Lain pula dengan Kerajaan Negeri Selangor yang telah menggubal undang-undang negeri di mana telah diwujudkan Enakmen Hutan Selangor 2018 (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985.


"Enakmen ini tidak membenarkan proses nyah warta Hutan Simpan Kekal dilakukan secara wewenang serta perlu melalui proses yang ketat untuk menukar status mana-mana hutan simpan.


"Maka apalah yang diharapkan oleh Kerajaan Negeri Pahang. Kini Kerajaan Negeri boleh sahaja mengatakan apa pun kepada orang ramai, tanpa ada komitmen untuk mengotakan, walaupun titah KDYMM Pemangku Raja sekali pun. Kerajaan boleh janjikan untuk di junjung titah dan dilaksanakan akan tetapi tindakannya berbeza sama sekali," kata Fuziah merujuk titah pemangku Sultan Pahang baru-baru ini yang mahu kawasan hutang simpan di negeri itu diluaskan.


Pada 14 Jun lalu, Pemangku Raja Pahang telah menitahkan supaya kawasan Hutan Simpan Kekal Tasik Chini yang sedia ada diperluaskan dari 4600 ha kepada 6000 hingga 7000 ha.


Baginda menyeru agar semua pihak untuk sentiasa mengamalkan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Urus Tadbir yang baik (ESG – Environmental, Social & Governance) supaya khazanah alam hari ini akan terus kekal dan dapat dinikmati oleh generasi akan datang.


Selain itu, menurut Fuziah, Baginda juga menyarankan agar semua aktiviti perlombongan di kawasan Tasik Chini dihentikan. Baginda mahu kawasan bekas lombong dipulihkan semula dengan penanaman pokok hutan yang bersesuaian.


Titah tersebut telah disambut oleh kerajaan Negeri Pahang dan dalam kenyataan pada 15 Jun 2021, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Kerajaan menjunjung titah saranan Baginda mengenai pemuliharaan Tasik Chini.


Sehubungan itu, MB berkata bahawa jabatan-jabatan berkenaan seperti Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri dan Jabatan Perhutanan Negeri telah pun diminta mengambil tindakan segera bagi mengenal pasti kawasan tambahan dan seterusnya menguruskan soal pewartaannya.


Namun bagi Fuziah yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Pahang, tanpa polisi yang dipertegas melalui penggubalan undang-undang, maka selagi itulah alam sekitar akan terus menjadi mangsa kepada pemerintah yang tidak bertanggungjawab, seperti yang sering berlaku di negeri Pahang.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page