top of page

Negara perlukan Agenda Daya Tahan hadapi cabaran perubahan iklim, wabak - Yusmadi

Updated: Jan 20, 2022



Banjir besar yang melanda negara pertengahan Disember 2021 lalu dan pandemik Covid 19 yang belum berakhir memerlukan Agenda Daya Tahan baharu bagi memperkuat negara dan rakyat menghadapi cabaran masa hadapan.


Menurut Pengerusi Rights Foundation, Yusmadi Yusoff, ketidaksamarataan, jaringan keselamatan yang lemah serta tatakelola yang kurang cekap selama ini telah mewujudkan kerentanan sistemik dan memburukkan lagi kesan kejutan bencana meteorologi atau biologi ke atas rakyat.


"Hujan dalam sekitar 3 hari sahaja mengakibatkan kerugian dianggarkan RM6.5 bilion dan 54 kematian di Malaysia yang maju.


"Bebanan berat pula jatuh kepada rakyat paling lemah. Mereka yang mengalami ketidaksamarataan risiko ini akan kekal terperangkap dalam lingkaran ganas kerentanan yang membawa kepada kesan domino bencana alam.


"Bagi mereka yang sudah sensara akibat kemerosotan ekonomi dan komplikasi kesihatan jangka panjang Covid-19, dipukul oleh tragedi banjir (Disember lalu) menyebabkan prospek mobiliti sosio-ekonomi mereka mungkin terjejas secara kekal," kata Yusmadi dalam kenyataan hari ini.


Bagaimanapun menurut mantan Ahli Parlimen Balik Pulau itu lagi, gerak balas rakyat terhadap persekitaran yang kompleks, berantaian dan sukar diramal mestilah berasaskan prinsip moral. Manakala keadilan sosial memerlukan daya tahan (resilience).


Tambahnya di negara maju Barat, masyarakat telah dipersiapkan ke arah Agenda Daya Tahan untuk menghadapi perubahan iklim dan penyakit biologi baharu.


Sehubungan itu, Yusmadi berharap sidang khas Parlimen mengenai banjir pada esok akan membincangkan pembinaan daya tahan rakyat terhadap bencana baharu.


"Daya tahan ini lebih kepada keupayaan (rakyat) untuk melonjak kembali daripada bencana, bahkan melonjak ke hadapan. Ia kini menjadi teras wacana global seperti Konsensus Cornwall oleh G7 dan Persaingan Daya Tahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2021, serta dasar di Jepun, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Belanda.


"Oleh itu, daya tahan Malaysia kepada pelbagai risiko masa sekarang dan depan patut dinilai semula. Ia tidak patut dijadikan hanya seperenam daripada slogan 6R (Resolve, Resilient, Resilient, Restart. Recovery, Revitalize and Reform) kerajaan.


"Justeru saya menggesa Kerajaan membentuk Strategi Daya Tahan Negara. Daya tahan wajib menjadi agenda persidangan khas Parlimen pada 20 Januari ini," katanya lagi.


Perubahan iklim dan daya tahan rakyat menghadapinya mula dibincangkan warga maya sejak berakhirnya banjir besar Disember tahun lalu.


Tanpa agenda daya tahan kebangsaan rakyat tidak akan terbela dalam siri bencana alam yang akan lebih kerap berlaku pada masa hadapan menghadapi perubahan cuaca akibat pemanasan global dan penyakit biologi melampaui sempadan, yang tidak mungkin lagi boleh dibendung pada era globalisasi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page